Sebelum kita berbincang lebih mendalam mengenai alasan kenapa kaum bebal anti-vaksin selalu mencipta alasan untuk menolak vaksin. Adalah lebih manis jika kita memberi tumpuan kepada definisi anti-vaksin yang sebenarnya. Ini bagi memberi ruang kepada kita untuk mengenal siapakah anti-vaksin ini.

Anti-vaksin boleh didefinasikan sebagai sebuah kumpulan yang menolak vaksin dan menyebarkan kepada umum perkara-perkara yang tidak sahih datang dari kajian yang tidak dibuktikan atau teori konspirasi yang direka-direka. Mereka ini adalah golongan anti-vaksin yang tulen dan jika mereka ada bersama anda, jaga-jaga kerana mereka boleh mempengaruhi otak anda dengan info yang tidak baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kumpulan anti-vaksin ini berbeza dengan mereka yang tidak mengambil vaksin disebabkan masalah kesihatan dan juga mereka yang masih ragu-ragu dengan vaksin. Perbezaannya adalah kumpulan anti-vaksin bertindak menyebarkan kebodohan mereka kepada umum, manakala kumpulan yang ragu-ragu ini pula hanya berdiam diri dan tidak mempengaruhi orang – malah kumpulan ini berikhtiar untuk mencari jawapan dan bertanya kepada pakar.

Jadi perbincangan kita kali ini tidak akan berkisar kepada kumpulan yang mempunyai masalah kesihatan atau masih ragu-ragu kerana mereka ini tidak akan memberi kesan buruk kepada masyarakat. Perbincangan kita ini akan melalui jalan-jalan yang penuh dengan anti-vaksin yang bebal dan mempengaruhi orang dengan kecetekan otak mereka berfikir.

Social Psychological Bulletin

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Poland dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological Bulletin pada 30 Julai 2021 dan dilaporkan oleh Medical Xpress. Para penyelidik mendapati bahawa kumpulan anti-vaksin terlahir disebabkan generalisasi negatif mengenai vaksin tersebut. Generalisasi ini adalah kesan dari penyebaran info anti-vaksin seperti teori konspirasi, serta keraguan tentang ilmu pengetahuan dan kesihatan.

Dalam penyelidikan ini, para penyelidik menggunakan data dari 492 peserta. Peserta kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan, yang terdiri daripada kumpulan yang menolak vaksin dan satu kumpulan yang mempercayai vaksin. Lalu para penyelidik mendengar alasan setiap kumpulan dan hasilnya, para penyelidik mendapati terdapat keanehan dalam hujah kumpulan anti-vaksin.

Antara alasan yang diutarakan oleh kumpulan anti-vaksin ini adalah pendirian mereka berdasarkan pengalaman negatif mereka sendiri atau orang lain. Namun apabila ditanya mengenai sumber kepada alasan mereka, kebanyakan peserta tidak konsisten dan tidak ingat dimana mereka mendapat maklumat tersebut.

Selain itu, para penyelidik menyatakan bahawa kumpulan anti-vaksin lebih cenderung untuk mengingati sesuatu yang negatif. Di dalam kes ini, para penyelidik menyatakan bahawa kumpulan ini mempunyai sikap tidak adil dalam mengesahkan sesuatu maklumat. Di mana mereka hanya menerima bukti yang mereka anggap benar dan menolak penjelasan ilmiah yang tidak sesuai dengan kepercayaan mereka.

Selanjutnya, para penyelidik mendapati bahawa penyokong anti-vaksin percaya bahawa pemimpin mereka lebih mengetahui sesuatu maklumat mengenai vaksin berbanding penjelasan ilmiah yang diterangkan oleh doktor. Mereka juga percaya bahawa pemimpin mereka bertindak demi kepentingan umum.

Apa yang menariknya, kumpulan anti-vaksin sebenarnya lebih mempercayai bahawa ubat moden mampu menangani wabak yang kini sudah hampir dua tahun tersebar di seluruh dunia.

Bagi para penyelidik di Jagiellonian University dan SWPS University of Social Science and Humanities, mereka mencadangkan usaha yang memfokuskan untuk meyakinkan kelompok anti-vaksin, sehingga kebimbangan mereka mengenai kesan negatif dapat dikurangi.

Di samping itu, para penyelidik juga mengesyorkan agar “dipaparkan aspek prososial mengapa profesional perubatan mengesyorkan vaksin, dan memperkuat info positif dari sikap mereka (iaitu, vaksin menjadi perlindungan yang berkesan terhadap penyakit serius)” kepada orang yang ragu-ragu mengenai vaksin.

Namun di Malaysia, Khairy Jamaluddin yang kini merangkap Menteri Kesihatan sudah pun mengisytiharkan amaran ‘perang’ kepada golongan anti-vaksin. Beberapa hari lalu, Khairy dengan tegas menyatakan bahawa ‘akan menyusahkan kehidupan kumpulan anti-vaksin’. Alasan disebalik kenyataan ini adalah disebabkan terlalu banyak info yang tidak sahih dikalangan kumpulan anti-vaksin disebarkan kepada umum.

Ketua anti-vaksin Israel mati akibat COVID-19, minta pengikutnya sambung perjuangan menentang vaksin. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ketua Anti-Vaksin Israel Mati Akibat COVID-19, Minta Pengikutnya Sambung Perjuangan Menentang Vaksin

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Pejuang Anti Vaksin Dan Anti Pelitup Muka Amerika Syarikat Meninggal Dunia Akibat COVID-19