Setelah rekaan logo Visit Malaysia 2020 dikecam hebat, kini logo baharu telah dilancarkan. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebentar tadi.
Sebelum ini rekaan logo Visit Malaysia 2020 menampilkan gambar Petronas Twin Tower, dua ekor orang utan dan penyu memakai cermin mata hitam. Bagi logo yang diberi nafas baru ini, ia menonjolkan ikon Malaysia iaitu burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna bendera Malaysia.
Anda masih ingat logo ini? Selepas 586 penyertaan bagi pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bermula 11 Mac lalu, hari ini @chedetofficial akan melancarkan TMM2020 beserta logo baharu petang ini… Apa jangkaan anda kepada logo baharu TMM2020? @501Awani pic.twitter.com/DPJaqdjo7K
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 22, 2019
Rekaan logo ini direka oleh Alfred Phua Hong Fook yang merupakan pemenang dalam pertandingan mencipta logo Visit Malaysia 2020 dimana telah dianjurkan awal tahun yang lalu.
Melihat kepada rekaan terbaharu ini, adakah anda semua berpuas hati dengan rekaan ini yang pastinya lebih ‘fresh’ dan menonjolkan makna disebalik slogan kita ‘Truly Asia’? Bagi kami, rekaan logo ini ternyata lebih baik dan menarik daripada rekaan logo sebelum ini.
What a moment! 💪🔥
Alfred Phua, graduate from INTI Center of Art & Design's Graphic Design program in collaboration with Sheffield Hallam University, UK had the greatest honor of presenting his design as the official logo for Visit Malaysia, Truly Asia 2020 campaign to Tun M. pic.twitter.com/n8mnJ3QElX
— INTI_edu (@INTI_edu) July 22, 2019
- SUMBER
- Berita Harian