Kes untuk menuntut keadilan bagi Bella, remaja yang didera oleh penjaganya mendapat perhatian hampir semua pihak sehingga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mahu menghulurkan bantuan dari segi bantuan guaman untuk kes ini.

Nama peguam Nurul Hafidzah Hassan kini meniti di bibir netizen selepas bertindak sebagai peguam mewakili orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun. Pelakon Nabila Huda di laman rasmi Twitter dan Instagram berkongsi kisah tidak manis antara beliau dan Nurul Hafidzah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Nabila, inilah peguam yang menyamannya Januari lalu dan menuntut bayaran RM900,000 serta permohonan maaf kepada seorang aktivis banjir. Pada waktu itu, Nabila sangat terkejut apabila dihubungi oleh pihak media untuk memberi komen tentang dirinya yang telah disaman; sedangkan beliau langsung tidak tahu menahu tentang saman tersebut.

“Rupanya she (dia) yang email semua bloggers dan reporters, siap dengan her own write up serta tajuk saman tersebut. Sedangkan tiada sesiapa dari pihak dia menghubungi saya, cakap pasal saman yang dia failkan. Alih-alih statement keluar dulu, orang yang kena saman tak tahu apa-apa,” tulis Nabila.

Nabila menambah ketika itu, beliau langsung tidak melenting dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial. Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu memberi sebarang publisiti percuma buat peguam berkenaan.

“Saya bukan nak memburukan lagi keadaan tapi tiba-tiba bila tengok muka dia di timeline, terus trauma. Teringat kejadian hitam yang pernah saya lalui dulu. Dia cuba menabur pasir di periuk nasi saya.

“Kalau terkenal sebab kebaikan memang terbaik. Tapi kalau terkenal sebab kebodohan, kamu take care,” ‘nasihat’ Nabila.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Rina Harun akan menghadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas baginda sudi tawar khidmat peguam percuma untuk kes Bella.

Selepas ‘Diseru’ TMJ, Datuk Seri Rina Harun Tampil Bersuara Isu Bella

Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya