Nampaknya Instagram semakin rancak dalam memperkenalkan fungsi terbaru buat para pengguna. Bermula dengan pengenalan stories, video chat dan terbaru IGTV, aplikasi ini nampaknya mahu menjadi platform sosial terbaik buat para pengguna.

Terbaru Instagram telah hadir dengan fungsi ‘You’re all caught up’ bagi memberitahu pengguna bilakah gambar terakhir anda lihat dan scroll di timeline. Pada kami ianya merupakan fungsi yang baik memandangkan Instagram kini tidak disusun secara aturan garis masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fungsi terbaru ini bakal ditawarkan di platform Android dan iOS dan dikeluarkan secara berperingkat buat para pengguna. Dalam pada itu, sudahkah anda menggunakan fungsi video chat dan IGTV yang baru dilancarkan Instagram?

Baca lagi: Kini Anda Boleh Kongsi Insta Stories Kepada Kenalan Terdekat Sahaja