Hampir setahun menanti, akhirnya Apple telah mengumumkan model terbaru mereka. Lebih menarik, Apple pada kali ini bukan sahaja mengumumkan 2 model seperti kebiasaan namun turut memperkenalkan Apple iPhone X sebagai model yang dikeluarkan secara khas sempena ulang tahun kesepeluh iPhone. Ketiga-tiga model ini masing-masing hadir dengan spesifikasi dan skrin yang berbeza.

Pengumuman Apple iPhone X pada kali ini nampaknya telah membuatkan orang ramai seakan lupa akan kehadiran 2 model yang diumumkan secara serentak pada aturcara pada pagi tadi iaitu Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk yang seakan sama seperti 3 tahun lepas mungkin turut menjadi punca memandangkan orang ramai menagih rekabentuk yang futuristik seperti yang ditampilkan pada iPhone X. Untuk memastikan anda mendapatkan Apple iPhone yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda, berikut merupakan 4 perbezaan utama diantara iPhone 8 dan iPhone 7.

1. Rekabentuk dan material

Screen_Shot_2017-09-13_at_1_06_36_PM

Dari segi rekabentuk, masing-masing membawakan rekabentuk yang hampir sama. Satu kamera dibahagian belakang buat model iPhone 7 dan iPhone 8 manakala dwi-kamera buat model Plus.

Perbezaan utama pada model terbaru ini adalah Apple telah memilih untuk menggunakan material kaca dibahagian belakang menggantikan material aluminium iPhone 7. Tujuannya cuma satu, untuk membolehkan iPhone dapat menjalankan wireless charging dengan mudah. Dari segi ketahanan, Apple turut menjanjikan material yang digunakan tahan lasak serta kalis air dan debu.

Berbeza dengan model sebelum ini, Apple cuma menyertakan sebanyak 3 warna buat model terbaru mereka iaitu gold, silver dan space grey.

2. Spesifikasi

Screen Shot 2017-09-13 at 1.27.29 PM

Melalui Apple Keynote yang berlangsung pada pagi tadi, Apple nampaknya tidak mengumumkan jumlah RAM yang tersedia buat Apple iPhone 8 dan 8 Plus. Seperti aturcara sebelum-sebelum ini juga, Apple lebih memberi penekanan kepada processor terbaru mereka iaitu Apple A11 Bionic.

Seperti yang anda boleh jangkakan daripada aturcara sebelum-sebelum ini, Apple nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mengatakan ‘this is the most powerful and smartest chip ever made’.

Screen Shot 2017-09-13 at 1.22.47 PM
Salah satu perubahan terbaru daripada Apple A11 Bionic

Melalui cip terbaru ini, A11 Bionic berjaya menawarkan kepantasan sebanyak 70% lebih baik berbanding processor yang tersedia pada iPhone 7. Melihat kepada penawaran processor terbaru ini, jelas Apple A11 Bionic bakal meletakkan standard yang baru di dalam arena smartphone.

Apple A10 Fusion yang tersedia pada Apple iPhone 7 Plus sebelum ini juga telah berjaya menawarkan kepantasan yang terbaik dari segi performance mahupun kamera.

3. Kamera

Screen_Shot_2017-09-13_at_1_33_52_PM

Pada model kali ini, Apple telah memilih untuk mengikut seperti model sebelumnya dimana model Apple iPhone 7 dan 8 disertakan dengan satu kamera dibahagian belakang manakala model Plus dengan dwi-kamera.

Jika pada model sebelum ini Apple telah memperkenalkan potrait mode membawakan efek bokeh disetiap gambar potrait yang diambil, kini Apple telah memperkenalkan potrait lightning.

Sebuah fungsi terbaru yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar potrait seakan berada di dalam studio. Sekiranya ciri-ciri ini yang ada perlukan, mungkin anda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan iPhone 8 atau iPhone 8 Plus.

4. Harga

Screen_Shot_2017-09-13_at_1_41_47_PM

Membincangkan soal harga, sudah pastinya model yang terbaru bakal mempunyai tanda harga yang lebih tinggi. Dalam pada itu, kami lebih berminat untuk membincangkan soal berbaloi atau tidak anda berbelanja lebih bagi mendapatkan model terbaru ini.

Apple iPhone 7 kini ditawarkan dengan harga RM2,749 manakala model terbaru iPhone diumumkan dengan harga $699 (~RM2,932.31). Kemungkinan harga sekitar RM3,199 atau lebih bakal ditawarkan buat Apple apabila model ini tiba secara rasmi di Malaysia.

iphone 8 vs iphone 7

Sekiranya anda mahukan penguasaan yang lebih, kamera yang lebih mantap serta kelangsungan iOS versi terbaru dalam jangka masa yang lebih lama, iPhone 8 antara yang perlu anda pertimbangkan. Kedua-dua model ini tidak membawa terlalu banyak perbezaan dan tidak baloi buat pengguna iPhone 7 memilih untuk upgrade ke iPhone 8 sekiranya faktor kos antara yang menjadi punca.

Apakah faktor utama yang ada membuatkan iPhone 8 tampil berbeza pada pendapat anda? Kongsikan pendapat anda sama ada berbaloi atau tidak mendapatkan iPhone 8 sekiranya anda pengguna seorang pengguna iPhone 7.

Baca lagi: Apple iPhone 7 Dan 6s Sedia Untuk Didapatkan Dengan Harga Yang Lebih Rendah