Hampir dua bulan selepas pelancaran Apple iPhone 8, 8 Plus dan X kini giliran untuk berita ura-ura model terbaru iPhone yang bakal dilancarkan tahun depan. Sebelum ini, KGI Securities telahpun mengeluarkan senarai model yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan termasuk model iPhone SE yang baru.

Pada minggu ini, Apple telah mempaten rekaan skrin boleh lipat sekaligus memberi bayangan untuk masa hadapan Apple iPhone. Paparan telefon yang boleh dilipat ini menghampiri konsep reka bentuk telefon bimbit retro dan bakal ditambah dengan teknologi canggih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Paparan AMOLED LG yang boleh dilipat

apple-folding-iphone-display-patent-2

Memandangkan teknologi ini masih baru, kami jangkakan Apple mungkin mengambil masa yang sedikit lama sebelum mula mengeluarkan iPhone dengan skrin boleh lipat.

Tambahan pula, Apple baru sahaja mengeluarkan iPhone X dengan skrin bezelless serta mengatakan model iPhone selepas ini mungkin akan mengikut trend yang sama. Mungkin ini masa hadapan smartphone selepas Samsung dan Apple telah memilih untuk menerajui teknologi skrin boleh lipat.

Sumber