Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak untuk menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan tidak seharusnya berasa tidak berpuas hati jika keputusan ini tidak mengikut kehendak mereka, lapor Berita Harian. Kenyataan ini hadir selepas SC mengumumkan bahawa tidak ada kes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung akaun dagangan miliknya.

“Hari ini SC juga sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadapnya (Azam), jadi kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat kita masih tidak berpuas hati. Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh… dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC contohnya. Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, pada Januari 6, The Vocket melaporkan bahawa Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berhubung isu pemilikan saham-saham syarikat serta mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat. Azam telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya telah digunakan oleh adiknya iaitu Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015. Bagi Azam Baki, tuduhan itu dibuat untuk memburukkan reputasinya yang sudah bekerja lebih 30 tahun bersama SPRM. 

Pada Selasa (18 Jan), SC mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa ia tidak dapat menentukan sama ada terdapat pelanggaran peraturan berhubung akaun dagangan saham milik Azam. Pengumuman itu mendapat maklum balas negatif daripada pemimpin Pembangkang, dengan ramai yang menuntut butiran lanjut siasatan kepada KP SPRM tersebut.

Manakala semalam, SC sekali lagi mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa bukti yang dikumpul dalam siasatan mereka ke atas akaun dagangan saham Azam menunjukkan bahawa ketua SPRM adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun tersebut.

Adik guna akaun Azam, KP SPRM mahu hereta pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ ke mahkamah. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Adik Guna Akaun Azam, KP SPRM Mahu Heret Pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ Ke Mahkamah

Dedah Salah Laku Penguat Kuasa, Polis Minta Bantuan SKMM Kesan Pengendali Twitter Edisi Siasat

Dakwaan ‘Edisi Siasat’ Hanya Rekaan, Ketua Polis Negara Mahu Cari Pemilik Akaun