Nota Editor: Itinerari bajet untuk trip 4 hari 3 malam ke Koh Lipe beserta gambar menarik ini telah dikongsikan oleh Imran Idris yang telah bercuti ke Koh Lipe baru-baru ini. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda yang mahu bercuti ke sana.

Maldives of Thailand – Koh Lipe

Nak pi Maldives tu memang abam tak tak mampu la sebab kita ni jenis backpackers sengkek maka pergi Koh Lipe saja la. Depa kata ala-ala Maldives.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi bagi saya Sabah lagi heaven dari segi kejernihan air laut and white beachnya terutamanya di Gusungan Island – Mabul Island – Maiga Island – Bodgaya Island – Bohey Dulang.

Cuma kat sini nak lepak layan sunset, sunrise dan angin laut tepi pantai memang awesome!! Hotel tepi laut gitew sesepoi bahasa sambil layan air nyiok!

Baca: Tip Bercuti Ke Pulau Mabul, Sabah Secara Bajet

itinerari-koh-lipe-14

itinerari-koh-lipe-13

itinerari-koh-lipe-12

Pengangkutan

Di sebabkan cek orang Penang maka dari Penang ambik van saja.

Dari Komtar/Sg Nibong/Seberang Jaya – Hatyai – Pakbara ( Van) + Pakbara – Koh Lipe ( feri) : RM 240 return ticket. Maknanya RM120 Sahaja sehala!

Perjalanan ambil masa dalam 8-9 jam, bergantung pada nak beratur panjang ke tak di sempadan. Bagi yang dari KL ada banyak way to reach Koh Lipe:
1. Fly ke Langkawi then ambik feri terus masuk ke Koh Lipe
2. Fly /Bus/ Train ke Penang dan naik van macam saya buat
3. Bus/ Train ke Hatyai dan pastu ke Pakbara (Van) + Pakbara – Kohlipe (feri)

itinerari-koh-lipe-15

itinerari-koh-lipe-10

itinerari-koh-lipe-9

Budaya

Di sini bagi saya selamat untuk yang nak bawa keluarga sebab tal la sosial sangat macam Phuket dan scam pun tak ada disini.

Hotel kat sana banyak ja yang murah range dalam 800bath (untuk private room) dan 400-600bath (untuk hostel).

Makanan halal memang berlambak dan ada saja kedai yang boleh cakap Melayu sebab Koh Lipe ni dibawah area Satun jadi orang Islam ramai sana.

Yang budaya aku paling benci jumpa budak muda Malaysia muka kereknya “wei hang bukan pi New York pun Kuala Lipis ja pun”. Moral of the story senyum-senyum la sikit mana tau esoknya boleh join untuk trip snorkling sekali kan lebih mudah.

Baca: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

itinerari-koh-lipe-7

itinerari-koh-lipe-8

DCIM105GOPROG4819562.

Makanan

Street food malam dia sempoi gak untuk dilayan contoh korang boleh cuba macam biasa la Aiskrim nyiok, roti canai pisang aka Thai pankek, PhadThai, pulut ayam goreng, green tea, seafood atau BBQ untuk malam.

Ada 1 7Eleven yang beroperasi 24 jam kat sini jangan risau. ATM pun ada ja. Pastikan sudah diaktifkan untuk pengeluaran wang di luar negara siap-siap okey.

itinerari-koh-lipe-6

itinerari-koh-lipe-5

Aktiviti

Yang best lagi pulau kecil ni dia ada 3 side.

1. Sunset
2. Sunrise
3. Pattaya beach

Korang boleh layan semua view kat sini. Semua walking distance dalam 15-20 minit saja. Dan area walking street menjadi jalan utama yang menghubungkan ketiga-tiga side ni.

Aktiviti yang boleh buat bergantung kat korang nak macam mana

1. Island hopping untuk snorkling
2. Diving bagi yang berlesen
3. Hiking Cliff Koh Adang & ke Pirate Waterfall
4. Layan Sunset n Sunrise
5. Lepak tepi pantai sambil baca buku ahahhaa
6. Semestinya la Thai Massage
Disko, Thaigirls show macam tak ada okey.

itinerari-koh-lipe-3

itinerari-koh-lipe-2

itinerari-koh-lipe-1

Costing

Disebabkan kita ni jenis Backpackers Penindas aka Sengkek maka lebih kurang macam ni la :
Duit poket + hotel + makan + tour dalam RM600 untuk 4hari 3malam. Jadi korang sempat la rileks-rileks dan jika short trip 3 hari 2 malam pun dah cukup.

Bawa la roti Gardenia dengan peanut butter jadi saraan untuk 4 hari setel dah ahahhaha.

Hotel sebenarnya banyak yang tak ada dalam Agoda atau Booking.com. Korang nak walk in pun ok saja bersepah-sepah.

Itu ja kot yang boleh dikarang untuk panduan korang semua coz kali ini saya tak buat full itineray. Untuk layan lebih banyak gambar dan story pasal my journey jemput sila melawat Instagram saya mrimranidris.

Baca lagi: Tip Kembara Dan Itinerari Ke 12 Negara Balkan Dengan Bajet RM3K Selama 32 Hari

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram