Berhubung video dijamu makan durian di sebuah kebun durian di Batu Pahat tular di media sosial, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini memohon maaf atas kekhilafan beliau berkait penjelasan berkenaan video tersebut.

Menurut Datuk Mohd Rashid Hasnon, beliau menjawab pertanyaan media berkaitan keberadaannya di kebun tanpa meneliti video tersebut terlebih dahulu. Selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah dirinya sempat untuk analisa video yang terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, video tersebut memaparkan lawatan beliau ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat dimana terkesan disebabkan PKP. Beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman berikutan jualan merosot.

Ketika itu, beliau juga turut menjumpai Datuk Zuraida Kamaruddin yang ke Batu Pahat atas lawatan kerja dan pihaknya memberikan durian untuk dibawa pulang oleh rombongan menteri. Malah, selepas rombongan menteri pulang, beliau telah dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial. Susulan itu, Datuk Mohd Rashid Hasnon bersedia memberi kerjasama kepada polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

The Food Ranger Buat Keputusan Pindah Ke Dubai Selepas Dua Tahun Menetap Di Malaysia

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Sumber