Mula menempa nama serta menarik perhatian ramai melalui Guardian of the Galaxy dan Guardian of the Galaxy 2, jodoh James Gunn nampaknya tidak panjang selepas beliau dipecat oleh Disney berikutan tweet beliau yang dikatakan keterlaluan 11 tahun dahulu.

Seperti apa yang dibuat pada GOTG, beliau diberi kebebasan untuk pihak DC untuk menulis Suicide Squad 2 mengikut gaya beliau. Namun, sama ada beliau akan mengekalkan para pelakon sedia ada Suicide Squad masih belum diputuskan oleh James Gunn dan pihak DC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The Ringer

Dalam sebuah laporan lain, dikatakan filem Suicide Squad terbaru bakal hadir sebagai reboot kepada filem yang ditayangkan pada tahun 2016 berikutan gagal mendapat sambutan seperti yang dijangkakan.

Filem sequel terbaru Suice Squad dijangka bakal ditayangkan di pawagam seawal Ogos 2021 ini. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana James Gunn bakal menyesuaikan diri bersama DC selepas dibuang daripada Disney.

Sumber