Hobi mengumpul dan hunting kereta mainan Hot Wheels masih kekal popular di Malaysia. Mana tidaknya, tiap kali ada pembukaan cawangan Toys “R” Us, pasti ada yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mencari model rare yang mungkin terselit di bahagian rak maianan.

Namun, ada sesetengah model yang sukar untuk dicari contohnya model Super Treasure Hunt (STH). Semalam, seorang wanita bertanyakan perihal model STH Porsche 356 Outlaw Gulf di grup Hot Wheels Trade & Sell Malaysia yang mahu dihadiahkan buat suami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada mulanya, beliau beranggapan harga untuk model yang didambakan suami murah sahaja. Tetapi apabila beliau membuat kajian, harganya sangat mahal dan adakalanya naik 200% daripada harga model Hot Wheels standard iaitu RM9.90.

Beliau bertanya ahli di grup berkenaan mengapa harga kereta tersebut mahal dan ada atau tidak model tersebut dijual pada harga yang murah; RM20 misalnya.

Kredit gambar: Hot Wheels Trade & Sale

Rata-rata ahli dalam grup tersebut memberi respons positif terhadap pertanyaan wanita tersebut. Mereka turut menerangkan mengapa model yang dimahukan si suami mahal dan tidak dijual murah.

Ada juga yang berseloroh untuk si suami ‘balas’ kembali kesanggupan isteri melayan hobi si suami dengan barang kemas sebelum tiba hari raya.

Antara komen membina ahli di grup Hot Wheels Sell & Trade

Menurutnya lagi, beliau mahu hadiahkan kereta tersebut kerana suaminya banyak memberi sokongan dan membantu dalam bisnes dalam taliannya. Ini salah satu cara beliau membalas dan menyokong kembali minat suami.

Disebabkan harganya yang mahal, beliau tetap akan usahakan untuk membeli kerana baginya, janji perlu ditepati. Semoga dipermudahkan urusan wanita ini untuk membeli model STH ini buat suaminya.

Ini pula model Hot Wheels yang cecah harga RM15,000 dijual collector tempatan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bukan Hanya Sekadar Hot Wheels, Model ‘Rare’ Ini Kini Bernilai RM15,000

Netizen Geleng Kepala Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us

Ini Adalah Kereta ‘Hot Wheels’ Paling Mahal Di Dunia