Lebih 20 tahun terpisah daripada bapa kandung, gadis ini nekad untuk menjejaki kembali bapanya yang kini berada jauh di bumi Korea Selatan.

Mimi Nadia Adam, gadis yang berusia 22 tahun dan berasal dari Terengganu ini merupakan graduan dari Kolej Islam Kelantan (KIAS). Beliau hanya mendapat tahu bapa kandungnya adalah seorang warga Korea sewaktu berusia antara 9 ke 10 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut penjelasan Mimi bagaimana jejak kasih beliau bermula.

“Alkisahnya bermula, ayah saya bekerja di Malaysia, iaitu di Paka Terengganu. Then mak saya kerja dengan ayah. Masa tu ayah duda anak satu (lelaki). Then di situ depa berkenalan dan kahwin.

Lepas tu dapat saya la. Kemudian, bila saya berusia beberapa bulan, saya balik ke Korea untuk melawat keluarga sebelah ayah untuk beberapa bulan” – Mimi.

mimi-nadia-adam-11

Aku diuji dengan keturunan ini. Banyak kali dikecam kerana isu kpop. Penat. Kadang-kadang aku tak pernah rasa pun lain daripada orang lain. Rasa macam full Malay je. Huh!

Ramai orang sering berkata, “Untungnya bapak Korea. Jeles-jeles. Nak jumpa Minho jugak !” Gais. Syukur lah korang ada bapak yang bertangungjawab. Itu dah cukup bagus. Aku lagi jeles kot. Maaf, bukan niat nak pertikai semua ni. Cuma nak korang sedar, jangan rasa malu ada ayah yang biasa-biasa, kerja kutip sampah. Hargai diorang.

Namun menurut Mimi selepas beberapa bulan kembali ke Malaysia, perniagaan ayahnya kurang baik sehingga terpaksa ditutup. Keadaan ini memaksa beliau pulang ke negaranya dan sejak itu hubungan antara ibu dan ayahnya terputus.

Sejak mengetahui ayahnya merupakan seorang rakyat Korea, Mimi sentiasa berdoa agar suatu hari nanti beliau diberi peluang berjumpa dengan ayah kandungnya meski pun beliau tidak tahu sama ada ayahnya masih hidup atau sebaliknya.

Tapi aura kecil kuat mengatakan bahawa dia masih ada tapi saya takut nak simpan harapan, bimbang kecewa – Mimi.

Pada tahun 2011 sebaik tamat SPM, Mimi mencuba nasib menghubungi wartawan Sinar Harian untuk mencari ayahnya. Iklan di akhbar berkenaan turut disiarkan dengan harapan dapat menjejaki ayahnya, meskipun akhirnya usaha ini tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Namun siapa sangka, pada tahun 2012 usaha Mimi untuk menjejaki ayahnya melalui Facebook membuahkan hasil.

Kami bertemu di Facebook kerana ayah masih cam gambar mak di FB saya pada akhir tahun 2012. Alhamdulillah. Rupanya ayah pun mencari saya jugak. Saya perasan di wall Facebook ayah, dia mula mencari saya pada tahun 2011.

Mungkin dia main taip nama saya kot, then jumpa gambar mak saya dan tag nama dia kat gambar saya dan mak. Mula-mula saya pun tak tahu itu ayah saya. Lepas stalk FB dia baru saya message dan tanya dia siapa? Kat situ la kami mula kenal semula – Mimi.

Menurut Mimi juga oleh kerana pada waktu itu beliau masih menuntut di KIAS, faktor kewangan menjadi halangan untuk beliau terus berjumpa ayahnya di Korea.

Namun sebaik saja mula bekerja pada tahun 2015, Mimi terus mengumpul duit bagi meneruskan misi menjejak kasih untuk bertemu ayahnya .

Dan akhirnya pada 4 April 2016, Mimi terbang ke Korea bagi menemui ayah kandungnya itu.

mimi-nadia-adam-1

Bermula la kejakunan ku esok. Maklumlah kali pertama di negara orang. Mohon jangan ucap selamat tinggal. Hati ini sudah goyah tahu? Stress stress. Huhu. Ke Korea ke kita esok? Adeh. Kejapnya masa.

Dan akhirnya Mimi sampai ke bumi Korea dan telah disambut oleh abang dari perkahwinan pertama ayahnya.

mimi-nadia-adam-7
Me and abang. Hurm , jauh beza kan kami. Ambe tang ye tihhh. Haha — at Myeong Dong – Seoul / 明洞 – 首爾.

Aku sampai ke airport pukul 2 petang. Tapi faham-faham lah part kat imigresen tu. Pukul 4 lebih baru selesai semua. Then kebetulan dapat wifi kat situ. Ambe tanya la abang duk tunggu kat mana? Dia cakap kat Gate C.

“Ok aku dah start berdebar dah. Dah sampai depan Gate C cuma belum keluar lagi. Kaki ambe tak boleh nak gerak bila nampak gate tu. Haha! Duk berdiri kat situ sekejap. Mengucap sekejap untuk tenangkan jiwa. Ada la dalam 5 minit gak. Haha!

Then bila keluar aku cari jugak tapi tak jumpa. Last-last ternampak masa duduk belakang. Kat pintu exit menghala ke jalan besar. Ambe duk berdiri belakang dia. Dia duk intai-intai cari ke depan. Haha!”

Duk fikir macam mana nak tegur. Rasa nak lari je. Haha! Last-last ambe gi tegur gop. Salam macam American Style. Adeh. Spontan je tu.

“Lepas tu bertembung dengan beberapa Malaysian. Ehem. Mata depa memang melilau tengok kami. Haha. Maaflah. Tak ada apa yang mustahil kat bumi ni. Kuasa Allah yang tiada batasan.

Then aku stay la kat Dongdaemun 5 hari. Nanti ambe update lagi ye. Esok nak balik kampung (Yangpyung) dah. Tapi pagi esok nak pergi jenjalan kat Insadong dulu. Meh join. Hihi” – Mimi.

Dan berikut merupakan status update di Facebook beliau sehari sebelum berjumpa ayahnya.

Esok. Esok. Esok. Fuhh! Macam tak sedia je lagi! Berdebarnya lain macam. Macam nak gi naik pentas untuk berucap. Haha.  Maaf kalau esok tak sempat nak update lepas misi jejak kasih. Sebab tumpang wifi je. Tak beli nombor telefon Korea pun – Mimi.

mimi-nadia-adam-2
Kat masjid Ittaewon. Tak ramai orang dah kat sini. Abang, me and daddy — at Myeong Dong – Seoul / 明洞 – 首爾.

Akhirnya penantian dan kerinduan Mimi untuk bertemu ayah kandung berakhir juga selepas dipendam selama 20 tahun.

Bismillahirrahmaanirrahim. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Penantian sudah berakhir. Setelah 20 tahun tak jumpa. Dari Malaysia ke Korea Selatan ambe mai. Fuh. Alhamdulillah everything smooth.

“Tapi tak macam drama pun. Tak ada part nangis. Tak ada part orang ambik gambar. Just gamble macam tu je. Haha. Sadiss gak wasee. Storynya macam ni.

Memandangkan hari ni birthday abang, ingat nak beli kek. So singgah la kat Ittaewon. Last-last tak ada kek! So balik dengan tangan kosong sebab rushing nak check out hostel pukul 2 petang. Padahal dah nak pukul 2 dah. Nak naik train dah dalam 20 minit lagi.

Kununnya nak bawak si Aisyah Ulya jadi tukang translate. Last-last tak dapat bawak sebab rushing check out dan blah macam tu je. Sorry dear.

Sampai je kat luar hostel, jam dah pukul 2.30 petang. Aku tercari-cari di mana kelibat abangku. Kosong. Mungkin belum sampai. Sebab dah janji pukul 2.30 nak jumpa.

Masuk je dalam tu, ter-bertembung dengaan abang. Haha. Mesti la saya tanya dia pergi mana? Lepas tu naik atas ambik beg dan check out.

Aku dah start pelik. Mana kereta kiut biru abang ni. Ada kereta hitam je. Lepas tu abang aku bukak pintu kereta hitam tu untuk letak barang-barangku tadi.

Aipp? Tap-tap daddy muncul dari belakang kereta. Hahahaha! Siapa nak surprisekan siapa ni? Habis lari plan asal ambe. Adeh.

Aku cuma jerit panggil,”appa!” Salam dan peluk. Nangis kejap je ambe.

Lepas tu masuk dalam kereta, kita orang tak berhenti borak. Nasib baik daddy still ingat some words of bahasa Melayu. Memang cakap banyak giler. Haha!

Daddy bagi hadiah spek hitam untuk abang. OK la daripada takdop. Haha.”

mimi-nadia-adam-3
Abang, me dan pok sedara a.k.a abang kepada daddy. Tinggi molek abang pun. — at Myeong Dong – Seoul / 明洞 – 首爾.

Alhamdulillah. Syukur sangat sebab masih dapat melihat abang dan ayah sihat di depan mata.

Berkenaan kehidupan ayahnya di sini, menurut Mimi ayahnya masih hidup sendirian dan tidak berkahwin sehingga sekarang. Ayah Mimi juga kini bekerja di sebuah ladang menanam sayur-sayuran dan tanaman lain di  Yangpyeong yang terkenal sebagai kawasan pertanian.

Ditanya berapa lama Mimi akan berada di kampung halaman bapanya di Korea. Jawab beliau merancang akan berada di sana sehingga visanya tamat iaitu 24 Julai 2016.

Baca: Cerita Di Sebalik Gambar Ini Buat Saya Fikir Akan Pengorbanan Ayah Yang Didiamkan

mimi-nadia-adam-4
Aku lupa nama pulau ni tapi memang sejuk ketorrr . Sangat-sangat cantik dan romantik — at Myeong Dong – Seoul / 明洞 – 首爾.
mimi-nadia-adam-6
Me and daddy , ala-ala vintage gitu tempat ni — at Myeong Dong – Seoul / 明洞 – 首爾.

mimi-nadia-adam-9

Bunga-bunga kat sini tengah mengembang sekembangnya. Geram sampai nak makan. Jom ke Nami esok. Sape nak follow ? Heheh. Perasaan pun tengah berbunga-bunga.

Tentang mencari pekerjaan di sana pula, menurut Mimi agak sukarnya baginya mendapatkan kerja di sana apatah lagi beliau tidak dapat berbahasa Korea. Jadi beliau tetap harus balik ke Malaysia.

Namun begitu menurut Mimi, ayahnya juga telah merancang untuk ke Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Berkenaan status agama ayahnya pula, menurut Mimi ayah beliau masih lagi seorang muslim.

mimi-nadia-adam-10

Alhamdulillah. Syukur bapak ambe masih muslim walaupun dah 20 tahun tinggalkan Malaysia.

Akhir kata, berikut titipan daripada Mimi.

“Ramai tertanya-tanya, kenapa tak bawak mak? Isu ini bukan soal ibu bapa tetapi anak dan bapa. Jadi mak dan ayah saya memang tak ada apa-apa hubungan. Cuma saya sahaja yang bebas untuk bersama dengan siapa.

Lagipun mak saya dah ada kehidupannya sendiri dan bahagia di samping suaminya. Hihi”.

Saya jugak mintak maaf jika ada pihak mengatakan saya sengaja mencari publisiti. Saya tak pernah fikir nak menjadi terkenal. Semua ini di luar jangkaan saya sendiri. Saya cuma ingin berkongsi sedikit rencana Allah yang diatur untuk saya. Subhanallah.

“Allah beri kelebihan yang hebat untuk saya. Dan kekurangan yang hebat jugak untuk saya.

Saya dilahirkan kurang sempurna. Kurang pendengaran, dan penglihatan bakal menyusut untuk beberapa tahun lagi.

Walaupun begitu, saya yakin masih ada peluang untuk saya berdikari walaupun keadaan saya menyusahkan orang ramai”.

Kepada orang yang pernah saya susahkan, moga Allah balas kebaikan dan kesabaran kalian. Allah. Maafkan saya. ” – Mimi.

Baca lagi: Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia