Macam sudah agak lama tiada produk baharu daripada jenama Joe Flizzow ini. Semalam Joe Flizzow memuat naik produk terbaru Budak Baek iaitu topi edisi khas dengan kerjasama jenama topi terkenal Amerika Syarikat, New Era!

Ianya satu pencapaian yang hebat kerana tidak ramai yang berpeluang untuk berkolaborasi dengan jenama antarabangsa ini. Kalau Pa’din Musa bersama Vans, Joe Flizzow pula bersama New Era. Sangat dope!

Setakat ini hanya satu pilihan warna ada untuk topi ini iaitu biru dengan tulisan merah. Warna sudah biru merah. Memang boleh pakai untuk ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan JDT nanti.

Ianya akan dilancarkan secara rasmi esok (24/11/17) di butik New Era Sunway Pyramid. Tiada harga rasmi untuk topi ini lagi tetapi kemungkinan sekitar RM150-RMRM180. Kami yakin stok untuk kolaborasi ini adalah terhad dan akan terjual dengan cepat.