Johnson & Johnson (J&J) diarah membayar sebanyak US$72 juta (RM288 juta) kepada keluarga seorang wanita yang mendakwa kematiannya akibat kanser ovari adalah disebabkan oleh bedak talkum syarikat itu.

Para juri di St. Louis bersetuju sebulat suara pada 22 Februari bahawa pihak J&J patut membayar pampasan ganti rugi sebanyak $10 juta dan penalti sebanyak $62 juta kepada keluarga Jackie Fox, yang meninggal dunia akibat kanser ovari selepas menggunakan bedak bayi Johnson dan produk berasaskan talkum selama bertahun-tahun lamanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah kali pertama juri mengarahkan J&J, pembuat produk-produk penjagaan kesihatan terbesar di dunia, untuk membayar ganti rugi atas dakwaan bahawa syarikat ini tahu sejak sedekad lalu bahawa produk berasaskan talkum yang dihasilkannya boleh menyebabkan kanser, serta gagal memberi amaran kepada pengguna.

J&J menghadapi kira-kira 1,200 saman selepas beberapa kajian telah mengaitkan Bedak Bayi Johnson dan produk mandiannya dengan kanser ovari. Pengguna mendakwa syarikat ini tahu risiko produk yang mereka hasilkan tetapi tidak memberi amaran kepada pelanggan.

Ketua juri, Krista Smith, menyimpulkan bahawa dokumen dalaman syarikat itu dengan jelas membantu para juri mencapai keputusan, selepas perbincangan selama empat jam.

“Ianya amat jelas mereka menyembunyikan sesuatu,” kata Smith. “Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah meletakkan label amaran.”

Gerard Noce, peguam J&J enggan memberi sebarang komen terhadap keputusan yang dicapai.

Allen Smith, peguam keluarga itu berkata, “Keputusan ini mendedahkan perilaku buruk syarikat J&J.”

J&J memasarkan talkum jenama Shower to Shower sebagai produk kebersihan wanita. Dalam iklan pada tahun 1988, ia berjanji bahawa ‘hanya satu renjisan diperlukan untuk menyahkan bau hamis’.

Pasaran bedak bayi bernilai sebanyak $18.8 juta di Amerika Syarikat, menurut Statistic Brain Research Group. Kira kira 19 peratus isi rumah Amerika Syarikat menggunakan jenama J&J, mengikut satu kajian lain yang dijalankan oleh kumpulan Statista.

Kanji jagung telah digunakan secara meluas untuk menggantikan talkum sebagai bahan penyerap dalam bedak bayi dan produk kebersihan wanita. Pada tahun 1999, Persatuan Kanser Amerika pernah menasihati wanita yang menggunakan produk berasaskan kanji jagung di kawasan kemaluan.

J&J yang memperkenalkan bedak bayi berasaskan kanji jagung pada tahun 1970-an, terus menawarkan produk-produk talkum berasaskan kanji jagung dan terus mendakwa bahawa bahan itu selamat.

Dalam kes keluarga Fox, peguam mereka telah meminta juri mengambil kira perbuatan J&J yang menyembunyikan risiko kesihatan produk talkum mereka, dan meminta sekurang-kurangnya $22 juta sebagai bayaran pampasan ganti rugi.

BACA: ‘Sila Saman Saya Tuan, Saya Bersalah’. Dan 9 Sebab Lelaki Ini Mahu Di Saman

Sumber