Ini bukan skim cepat kaya atau MLM. Ia adalah satu model bisnes yang mengkayakan para pelanggan. Baru-baru ini, laman web Fortune melaporkan, 20 orang telah memperolehi pendapatan mencecah jutaan ringgit apabila menjadi pelanggan kepada sebuah syarikat t-shirt. Ini bermakna mereka telah menjadi jutawan USD!

Pelik tapi benar, syarikat dan pelanggan saling kaya-mengkayakan.

Apa Itu Teespring?

Teespring adalah satu platform yang menyediakan peluang menarik untuk para pelanggannya membuat dan menjual barang dagangan dalam talian. Dengan Teespring, kempen eksklusif boleh dibuat untuk memaksimumkan pendapatan, meningkatkan jualan, dan merebak dengan cepat di media sosial.

Baca: Founder Dan CEO Butik Terkenal Elle Zada Kongsi Tentang Perkahwinan Menjadi Sebab Kita Kaya

Teespring Berkembang Maju Dalam Tempoh Singkat

Teespring ditubuhkan pada tahun 2012. Sejak itu ia telah menghantar lebih 12 juta produk seperti t-shirt, tank tops dan hooded sweatshirts ke seluruh dunia. Pada tahun 2014, 1 dari 75 orang di Amerika Syarikat membeli produk Teespring.

Dengan 4 buah pejabat di San Franscisco, CA; Providence, RI; Hebron, KY; dan London, England, Teespring menerima dana US$54 juta daripada Andreesen Horowitz, Khosla Ventures dan Y Combinator.

Baca: Kepentingan Belajar ‘Logik Bisnes’ Apabila Memulakan Perniagaan

Pendapatan Melalui Teespring

Pada tahun 2014, seramai 20 orang telah menjana lebih US$1 juta. Manakala, beratus-ratus orang lagi menerima sekurang-kurangnya US$100,000.

Pihak syarikat juga menyatakan telah membayar sebanyak US$140 juta kepada pelanggan sejak Teespring beroperasi, terutama sejak 18 bulan kebelakangan ini. Jumlah itu adalah selepas menolak kos produksi, kos penghantaran dan lain-lain.

Teespring turut mendedahkan platform mereka menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pelanggan (golongan pereka/pencipta) dengan purata pendapatan US$3,700 setahun berbanding e-dagang yang besar seperti Etsy (US$3,000) dan Ebay (US$1,400).

Baca: 5 Petua Jana RM375,000 Oleh Remaja Yang Biayai Yuran Pengajian Melalui Bisnes Online

Perluasan Kuasa Teespring

Selepas mengambil alih syarikat pesaing tempatan, Teespring mengembangkan sayapnya ke benua Eropah dengan mengambil alih startup di UK pada Januari lalu. Fabrily yang mempunyai model bisnes yang sangat serupa dengan Teespring termasuk budaya dan matlamat akan lebih memudahkan langkah Teespring.

Fabrily akan menyediakan servis dan menguruskan pesanan yang direka dan ditempah oleh pelanggan Eropah. Ia akan mempunyai fasiliti di UK dan Eropah Timur.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤