Kalau semalam kami beratur untuk kasut Yeezy, kali ini kami bangun awal pagi untuk cuba mendapatkan kasut yang tengah panas ketika ini, Bata Hotshot. Bagi yang mungkin belum tahu, ini adalah salah model kasut yang dipakai legenda muzik grunge, Kurt Cobain.

BACA: Kami Cuba Sendiri Beratur Untuk Kasut YEEZY Di KLCC Dan Ini Apa Yang Terjadi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sabtu lalu Bata Malaysia mengumumkan di laman Facebook mereka bahawa Bata Malaysia akan membawa masuk model ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Jadi pagi ini kami terjah ke Bata Mid Valley untuk cuba nasib membeli kasut ini.

Jam 8.00 pagi kami sampai, tersenyum kami kerana hanya 9 orang yang beratur di pintu hadapan Bata Mid Valley dan kami orang ke-10 dalam barisan. Jadi peluang agak tinggi untuk memiliki kasut ini. Pelik juga sebab tak ramai yang beratur. Nasib baik muka-muka reseller tak ramai hari ini.

Jam 9.15 pagi, wakil dari Bata Malaysia tiba dan mengumumkan hanya 50 pasang kasut ini akan dijual pada hari ini. Dua warna yang akan dijual hari ini iaitu hitam/kuning dan biru/merah. Saya puji cara Bata Malaysia handle jualan Bata Hotshot ini kerana kasut ini dijual dengan cara first come first served. Jadi tak ada official list yang anda perlu tulis nama. Siapa awal dia dapat. Barisan mula jadi panjang menjelang jam 9.30 pagi.

bata 2

Jam 10.00 pagi, Butik Bata dibuka dan hanya 5 orang sahaja boleh masuk dalam sesuatu masa. Nombor khas diberi dan siapa yang memegang nombor khas ini sahaja layak untuk membuat pembelian. Jadi mana yang di belakang cuba potong que memang tak akan dilayan.

Jam 10.20 pagi, kami berjaya membeli sepasang kasut ini dengan warna yang dipakai oleh Kurt Cobain sendiri, hitam/kuning. Harga untuk sepasang RM299. Jadi adakah padan harga dengan kualiti kasut ini? Itu akan diterangkan dalam video unboxing kami sedikit masa lagi. Apa pun, terima kasih Bata Malaysia kerana membawa masuk juga model ini untuk pasaran Malaysia. Dapatlah kami beli pada harga retail.