Pada hari minggu lalu video geng konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dikawal oleh oleh sekumpulan marshal telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak berkuasa yang memburu individu yang terlibat sebagai marshal.

Dalam tempoh kurang 48 jam, pihak polis berjaya menahan dua orang pemuda serta merampas beberapa barangan yang digunakan untuk mereka menjalankan tugas ‘marshal’ semasa konvoi tersebut berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rentetan isu tersebut masih hangat menjadi bualan ramai, pihak Polis ibu Pejabat Daerah Kemaman memuat naik satu gambar yang menggelikan hati para netizen.

“Kami bukan marshal, jadi kena berhentilah di lampu isyarat. Jangan marah abang marshal, gurau,” ringkas sahaja caption gambar yang ditulis, namun cukup mencuitkan hati orang ramai.

Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut telah dikongsikan sebanyak lebih 1,700 kali oleh dan ratusan komen daripada pengguna Facebook. Rata-rata ramai berasa geli hati dengan hantaran ‘memerli’ isu marshal yang hangat diperkatakan orang ramai.

Sumber Gambar: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman
Sumber Gambar: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman
Sumber Gambar: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman
Sumber Gambar: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

Gambar tersebut diambil ketika Ketua Polis Daerah bersama Timb. Ketua Polis Daerah Kemaman bersama Ketua-ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai menjalankan rondaan di kawasan ‘Jihad Dadah’ bagi membendung serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Tambah pihak polis lagi, oleh kerana ramai yang kurang kesedaran penggunaan topi keledar, ‘OP KEPALA BATU’ akan di jalankan untuk mendidik kepentingan penggunaan topi keledar semasa menunggang motosikal walaupun hanya keluar di kawasan berhampiran tempat tinggal.

Sekiranya anda terlepas pandang mengenai kisah ‘marshal’, anda boleh baca kronologi isu yang hangat menjadi bualan ramai ketika ini melalui artikel-artikel yang kami kongsikan di bawah.

Lagak Seperti Polis Trafik, Marshal Geng Motosikal Kuasa Tinggi Dicari Pihak Berkuasa

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi