Baru-baru ini jadi bualan ramai apabila Dato’ Hattan bertindak ‘sekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung dan rakannya memaklumkan bahawa sebenarnya Hattan tidak mengetahui temu bual tersebut dilakukan secara live di kaca TV.

Susulan itu, penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani memaklumkan bahawa pihaknya memiliki bukti yang Hattan sudah diberi keterangan daripada pihak Awani sebelum bersiaran langsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan, pihak Astro Awani menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberikan penerangan ringkas kepada Hattan sehingga dia bertindak menyekolahkan seorang pembaca berita Astro Awani yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan pemergian Allahyarham Mael XPDC.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung” kata Ibrahim.