Opening Ceremony dan Vans sekali lagi menyambung kolaborasi mereka untuk tahun ini dengan menghasilkan rekaaan terbaru yang bertemakan flora. Koleksi dinamakan sebagai ‘Satin Flora’.

Pihak Vans memilih dua model yang bakal dihasilkan untuk rekaan iaitu model OG Era LX dan Style 93 yang rekaan agak serupa dengan model Slip On.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap model ini mempunyai rekaan dan corak berbeza daripada model sebelum-sebelum ini. OG Era LX menampilkan tali kasut pada bahagian atas lidah kasut bersama dengan corak flora dan ia juga didatangkan dengan warna hitam dan ungu.

Bagi model Style 93 pula, model ini didatangkan rekaan yang popular pada 90-an iaitu kasut Mary Janes. Model ini dikeluarkan dengan dua pilihan warna berbeza iaitu hitam dan kelabu.

Kasut kolaborasi Opening Ceromony dan Vans ini telah mula secara dijual di laman storan rasmi milik Opening Ceromony dengan harga $85 (RM 351) untuk model Style 93 dan $95 (RM 393) untuk OG Era LX.

opening-ceremony-vans-satin-floral-4

opening-ceremony-vans-satin-floral-3

opening-ceremony-vans-satin-floral-2

opening-ceremony-vans-satin-floral-1

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia‘

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!