Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan kerajaan tidak akan membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Pengumuman itu dibuat susulan kebenaran terdahulu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menyenaraikan perkhidmatan itu sebagai salah satu industri yang dibenarkan beroperasi jika mendapat kelulusan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dah buat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

“Harap (penjelasan ini) jawab segala soalan rakyat. Tidak ada lagi isu, kedai (gunting) rambut tidak dibenarkan operasi,” katanya di Putrajaya hari ini.

Pengumuman yang dibuat dalam sidang media harian itu sekaligus meredakan kebimbangan ramai sebelum ini yang khuatir penularan wabak COVID-19 akan bertambah teruk sekiranya kedai-kedai gunting ini dibenarkan beroperasi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan tiada aktiviti penganjuran bazar ramadan dibernarkan di seluruh negara untuk tahun ini menjelang bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi sebelum ini menerima reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai keputusan awal untuk membenarkan kedai gunting rambut di seluruh negara beroperasi sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Netizen Puji ‘Barbershop’ Ambil Keputusan Tidak Beroperasi Sepanjang PKP

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Terima Pelbagai Reaksi Daripada Netizen