Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menjaga fizikal dan mengawal rohani apabila menggalas tanggungjawab yang besar apabila menyertai sesebuah kejohanan tidak kira ianya besar mahupun kecil.

Baru-baru ini Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang telah memuat naik di Instagram dan Facebook miliknya bagaimana beliau kekal tenang semasa menghadapi tekanan dalam menjayakan misi untuk menang dalam acara Olimpik Tokyo 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi hantaran tersebut, beliau telah menggunakan setiap masa terluang semasa berada di kem latihan Nilai dengan membaca Al-Quran untuk kekal tenang menghadapai situasi-situasi yang menekan dan ekstrem sepanjang tempoh latihan sehinggalah tamat acara keirin pada minggu lalu.

Sewaktu berada di kem latihan Nilai, Dato’ Azizulhasni sudah mempunyai ‘misi’ untuk khatam Al-Quran sebelum acara pertandingan berlangsung. Tetapi ekoran kesibukkan pelbagai aktiviti bersama para pasukan dan terpaksa menempuh pelbagai latihan yang ekstrem telah menyebabkan kuantiti bacaannya agak perlahan.

Namun setelah tamat latihan dan mahu menuju ke Tokyo, beliau mempunyai lebih banyak peluang dan ruang untuk memberikan tumpuan kepada ‘misi’ untuk khatam Al-Quran. Tambah beliau lagi, separuh perjalanan tersebut telah dihabiskan untuk menyambung bacaan yang tidak dapat diselesaikan semasa berada di kem latihan.

Dato Reezal Merican turut menjadi ‘saksi’ melihat Dato’ Azizulhasni bersungguh-sungguh untuk menjayakan ‘misi’ tersebut dan memberikan kata-kata semangat dan juga beberapa tips kerohanian kepada beliau.

Tambah Dato’ Azizulhasni lagi, beliau menerima pelbagai dugaan dan bisikan yang cuba mematahkan semangat beliau dalam menjayakan ‘misi’ itu, namun beliau terus kekal konsisten melawan perasaan negatif tersebut.

Beliau mengakhiri hantaran tersebut menyatakan hanya dengan bacaan Al-Quran dapat membuatkan fikiran dan jiwa tidak bergelora. Beliau berjaya khatamkan bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum beliau memulakan perlumbaan acara keirin.

“Sejurus selepas khatam, saya terus bernazar kepada Allah SWT dan saya meletakkan segala perihal dan urusan perlumbaan saya kepadaNya kerana Dia lah Al-‘Alim, Allah yang Maha mengetahui segalanya,” ujar Dato’ Azizulhasni.

Hantaran Instagram dan Facebook itu telah ‘dihujani’ dengan ratusan komen dari rakyat Malaysia yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian dalam mengatasi perasan berdebar dan takut tidak kira dalam apa jua situasi.

Pada acara keirin minggu lalu, Dato’ Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak buat negara. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Buat Negara Di Olimpik Tokyo 2020

Harumkan Nama Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang Dikurniakan Gelaran Datuk