Penyertaan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang buat kali ke-4 di sukan Olimpik berjaya hadiahkan pingat perak pertama negara di Olimpik Tokyo menerusi sukan keirin.

Azizulhasni menerima saingan hebat daripada pelumba Great Britain, Jason Kenny yang merangkul pingat emas dan Harrie Lavreysen yang merangkul pingat gangsa. Azizulhasni juga merupakan satu-satunya atlet Asia yang layak ke peringkat akhir keirin sebentar tadi.

Azizulhasni sebelum ini merupakan pemenang pingat gangsa juga dalam acara Keirin di Olimpik Rio 2016 yang lalu.

Satu perlumbaan yang penuh mendebarkan sebentar tadi dan semua tahu Azizulhasni sudah buat yang terbaik. Tahniah The Pocket Rocketman!

P/S: Penghargaan harus turut diberikan buat pelumba keirin negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang tetap meneruskan perlumbaan di peringkat suku akhir walaupun menahan sakit akibat kecederaan semalam. Tahniah buat Shah Firdaus dan Dato’ Azizulhasni!

Ini beberapa artikel Azizulhasni sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Harumkan Nama Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang Dikurniakan Gelaran Datuk

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Azizulhasni Menang Pingat Gangsa Acara Keirin Di Olimpik Rio 2016