Kembara ke Afghanistan ini memang cukup bermakna bagi saya, mereka bukan sahaja sangat baik dalam melayan tetamu malah sangat teruja untuk berkongsi cerita.

Kali ini saya terbangkan khas satu kisah yang cukup bermakna dari Afghanistan. Kisah yang cukup hebat dalam memotivasikan diri supaya terus cekal menjalani ujian dalam kehidupan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Processed with VSCO with a6 preset
Malik Syed Miran Bersama Anak dan Cucunya.

Insan yang anda lihat dalam gambar diatas merupakan salah seorang penghulu disebuah kampung di Jalalabad, Afghanistan. Boleh dikatakan dia di antara orang penting di sini. Nama beliau Syed Miran Khan, tetapi di sini orang lebih mengenalinya dengan nama Malik Ghol Miran. (Malik merujuk kepada pangkat).

Seringkali kita dengar Afghanistan negara kurang selamat, daif atau negara perang. Saya tidak nafikan perkara ini, dan dalam masa yang sama saya juga tidak mahu takutkan fikiran anda tentang Afghanistan.

Jujurnya Afghanistan merupakan negara sangat seronok dikunjungi, negara yang penuh dengan orang-orang berhati mulia. Anda mungkin pernah mendengar perkataan ISIS, Daesh dan juga Taliban sebelum ini dan Afghanistan di antara salah satu negara yang biasa terlibat dengan semua pergolakkan ini.

Processed with VSCO with a6 preset
Jalalabad, Afghanistan

Taliban dan Afghanistan tidak asing lagi didengari, pada mulanya saya sendiri tidak faham apa sebenarnya Taliban dan apa yang mereka mahukan. Saya berpeluang mendengar cerita dari Syed Miran berkongsi tentang pengalaman beliau berhadapan dengan Taliban.

Peristiwa tragis bersama Puak Taliban ini benar-benar menyentuh hati saya. Beliau kehilangan 5 Ahli keluarga, 4 orang anak dan seorang adik lelaki yang sangat dikasihi.

Pada 6 tahun yang lalu anaknya yang merupakan seorang anggota tentara mati ketika berperang dengan taliban, 3 tahun selepas itu 2 lagi anaknya juga menjawat jawatan sebagai tentera mati ketika berhadapan dengan Puak Taliban. Lebih menyedihkan selepas 40 hari kehilangan 2 lagi anak kesayanggannya, adiknya pula mati dibunuh Puak Taliban.

Dan yang terkini, setahun yang lepas seorang lagi anaknya terkoban ketika operasi tempur bersama Puak Taliban.

Processed with VSCO with hb2 preset
Muhammad Rahim Terkorban 1 tahun Yang Lepas
Processed with VSCO with hb2 preset
Syed Inam (kanak) Muhammad Inam (kiri)
Processed with VSCO with hb2 preset
Faizal Rahim
Processed with VSCO with hb2 preset
Ghol Miran (Adik)

Semua ini terjadi ketika beliau menetap di Pakistan, kecuali tragedi terakhir pada satu tahun yang lalu sebelum beliau pulang semula ke tanah air pada 3 tahun lepas. Keadaan mendesak memaksa beliau menetap di Pakistan selama 11 tahun, buat pengetahuan anda ramai rakyat Afghanistan menetap di Pakistan disebabkan soal keselamatan.

Kepulangan beliau ke tanah air sekali lagi diuji, di Afghanistan beliau mencari rezeki dengan mengambil upah sebagai pemandu, tetapi 2 bulan yang lalu keretanya pula di curi. Besar sungguh ujian yang beliau hadapai.

Sekarang beliau menggalas tanggungjawab menjaga cucu dan 6 lagi orang anaknya. Menjalani kehidupan di Afghanistan tidak mudah seperti kita di Malaysia, bila difikirkan semula, memang jauh beruntung kita dilahirkan di Malaysia. Demi menyara kos perbelanjaan harian, beliau dibantu 2 orang anak lelakinya yang berkerja sebagai pembantu doktor di hospital di sini.

Namun itu semua masih lagi tidak mencukupi, kuat betul semangat beliau. Bila ditanya bagaimana beliau menghadapi semua ujian ini, hanya satu pesan beliau kepada saya. Sabar, sabar dan sabar.

Kata beliau, tanpa sabar anda tidak mampu hidup di dunia kerana dunia memang penuh dengan pelbagai ujian dan ujian tidak akan berhenti hadir dalam kehidupan.

Ke dua, kuatkan semangat, tolong menolong antara satu sama lain. Ini rahsia hidup bahagia, katanya. Jadi sekarang saya tahu mengapa orang Afghanistan sangat mesra sesama mereka.

Menurut cerita dari kawan-kawan beliau, dahulu beliau kerap juga menagis setiap malam mengenangkan kehilangan orang tersayang, namun mereka dan semua sahabatnya tidak henti-henti memberi sokongan moral.

Melihat kekuatan rohani dan kemesraan yang cukup akrab dari orang Afghanistan buat saya tersentap. Kuat betul semangat mereka dan mereka memang cukup sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Semoga kisah ini mampu memberi pengajaran buat kita semua, ini juga menjadi penguat semangat kepada saya apabila berhadapan dengan sesuatu yang boleh melemahkan semangat.

Rasa diuji teruk, ramai lagi orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Selalulah lihat kebawah agar tidak terjatuh.  Allah pasti tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

Baca juga: 9 Perkara Menarik Tentang Afghanistan Dan Kenapa Anda Patut Travel Ke Sana

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram