Setiap tahun, pasti anda berazam untuk kurangkan berat badan serta ingin mendapatkan susuk tubuh yang menawan. Selalunya, resolusi tahun baru ini hanya akan bertahan beberapa minggu sahaja dan kemudiannya anda akan gagal dalam misi berkenaan.

Ianya satu tugasan yang memang mencabar namun tidak bagi lelaki ini. Jesse, jurugambar dari China yang berusia 32 tahun nekad untuk mengubah bentuk badannya dan beliau ingin melakukannya bersama seluruh keluarganya bersama. Selama 6 bulan mereka berlatih dan bersenam bersama dan hasilnya memang sangat awesome!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Jesse, bapanya adalah seorang yang suka minum arak dan inilah masanya untuk Jesse membantu bapanya supaya hidup lebih sihat. Jesse menjadikan bapanya sebagai gym buddy apabila pergi bersenam.

Mereka bermula dengan aktiviti jogging secara perlahan-lahan dan kemudiannya ke gym untuk latihan yang lebih berat. Mereka juga turut membuat perbandingan perubahan badan mereka selang 10 hari.

Kini bapanya nyata nampak lebih muda dan fit berbanding 6 bulan lalu. Senaman sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian keluarga ini dan menurut Jesse, bapanya kini jadi lebih yakin dan bersemangat dalam menempuh tugasan seharian.

Kalau bapa Jesse yang berusia lewat 50an pun mampu untuk mendapat perut six-pack, apa pula alasan anda?