Malaysia mencatat purata kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi berbanding negara lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata statistik menunjukkan Malaysia mencatat nisbah 23.6 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 populasi.

Purata dunia mencatatkan 18 kematian bagi setiap 100,000 populasi. Australia mencatat 4 kematian bagi 100,000 populasi manakala United Kingdom, 14 kematian bagi setiap 100,000 populasi.

Menurut beliau, ini bermakna Malaysia harus meningkatkan bilangan pakar-pakar perubatan kecemasan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memerangi kadar insiden lalu lintas yang tinggi.

Kerajaan kini mempunyai 205 orang pakar perubatan kecemasan berdaftar di seluruh negara.

“Kita sudah pasti memerlukan perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma yang diurus dengan lebih baik, efisyen dan berkesan.”

“Dengan jumlah kematian yang tinggi akibat kemalangan jalan raya, kita memerlukan lebih ramai pakar perubatan kecemasan berbanding dengan apa yang kita miliki sekarang iaitu 205 orang,” kata beliau selepas melancarkan Persidangan Klinikal Antarabangsa (Perubatan Kecemasan) ke 4 pada 12 Oktober 2015.

Turut bersetuju dengan sentimen itu, Presiden Persatuan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, bilangan pakar perubatan kecemasan dijangka meningkat kepada 600 orang dalam jangka masa lima tahun.

BACA: 13 Perkara Yang Patut Dibuat Selepas Menyaksikan Kenderaan Kemalangan

BACA: Rakaman Penuh Kemalangan Di Lebuhraya KESAS

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber