Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada akhir bulan Ramadan tahun ini, Palestin sekali lagi diuji dan dibasahi dengan tumpahan darah berikutan diserang bertubi-tubi oleh tentera Zionis Israel Laknatullah.

Namun, berita hari ini kedengaran agak baik apabila tentera Zionis dilaporkan telah berundur dan meninggalkan kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas menerima amaran dan serangan balas daripada perajurit Briged Al-Qassam.

Untuk pengetahuan anda, Briged Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Harakat al-Muqawamah al-Islamiyah (HAMAS). Tentera ini dikatakan sangat digeruni oleh tentera Zionis berikutan kejayaan mereka yang mampu bertempur dengan rejim tersebut biarpun teknologi ketenteraan milik mereka tidak secanggih tentera Zionis.

Al-Qassam diambil sempena nama ulama Syria

Gelaran Al-Qassam diambil bersempena nama Sheikh Izzudin Al-Qassam, seorang ulama dari Jableh, Syria yang ‘dibuang’ ke Palestin (pada tahun 1921) kerana telah melakukan gerakan bersenjata menentang penjajah Perancis yang menjajah Syria.

Di Palestin, ulama ini juga menentang usaha kerajaan British yang pernah merancang untuk menjadikan Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi. Namun disebabkan tindakan itu, beliau akhirnya ‘syahid’ pada tahun 1935 setelah dibunuh oleh tentera British.

Syarat kemasukan anggota Briged Al-Qassam

Kisah ulama ini telah mencetuskan revolusi gerakan bersenjata di Palestin. Lantaran itu, Briged Al-Qassam secara rasminya ditubuhkan pada 1987 oleh pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh untuk mempertahankan bumi Palestin daripada serangan Israel. Bagi memasuki Al-Qassam, mereka perlu memenuhi kehendak syarat seperti:

1. Direstui ibu bapa untuk bersedia syahid bila-bila masa.

2. Mesti melakukan solat Subuh berjemaah selama tiga bulan berturut-turut dan disahkan oleh imam masjid setempat.

3. Tidak pernah bermaksiat serta merokok.

4. Diwajibkan mempelajari Tafsir Al-Quran dan menghafaz 40 Hadis Arba’in.

5. Melazimi bacaan zikir harian, berpuasa sunat dan bertahajud.

6. Memiliki kecerdasan yang tinggi dan sentiasa beriadah.

7. Sentiasa menghadiri majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

Lumrah kehidupan, agama Islam sering kali dianggap ‘terrorist’ dan tempias Islamophobia itu juga dikaitkan dengan Briged Al-Qassam yang sering digelar sebagai pengganas dan militan oleh pihak media ‘Barat’.

Namun dakwaan media itu hanyalah untuk mengaburi mata penduduk di seluruh dunia. Bagi pejuang Al-Qassam, niat mereka hanya satu iaitu memerangi musuh mereka terutamanya tentera Zionis Israel.

“Musuh kami menceroboh dan merosakkan tanah kami. Tidak cukup itu, mereka juga punca kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu.

“Jadi, peperangan akan tercetus apabila ada musuh yang cuba menceroboh Palestin,” kata salah seorang tentera Al-Qassam yang pernah ditemu ramah oleh wartawan Astro Awani pada tahun 2012 yang lalu.

Berharap pertumpahan darah di Palestin ini segera berakhir dan diminta semua pemimpin negara Islam bersatu-padu membantu Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel Laknatullah.

Lelaki Israel ini sedia rampas rumah milik rakyat Palestin di Sheikh Jarrah. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

6 Sebab Mengapa Israel Takut Pada Briged Al Qassam

Yakin Tanah Milik Negara Israel, Peneroka Ini Sedia Rampas Rumah Milik Keluarga Rakyat Palestin

Aktivis Israel Ini Dedah Media Palestin Lapor Berita Palsu Mengenai ‘Serangan’ Di Masjid Al-Aqsa

Anda Mungkin Suka