1. Memang semua orang tak nak susah, tapi jangan sampai didik anak tak kenal erti susah.

2. Anak-anak dimanjakan dengan kereta, sampaikan tak kenal liabiliti ataupun harta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3. Kita sayang anak tak berbelah bagi, ajari juga mereka untung dan rugi.

4. Jangan belikan anak apa sahaja, sampai lupa daratan dan bertambah manja.

5. Anak-anak dididik sejak awal usia rebung, tanamkan dalam diri mereka juga agar suka menabung.

6. Orang berjaya ramai bermula dari susah, sebab itu mereka beringat berbelanja tak ‘main belasah’.

7. Anak-anak juga adalah kawan, bezakan mereka antara kehendak dan keperluan.

8. Usah leka manjakan anak dengan motor, wang belanja mereka juga perlu dimonitor.

9. Walaupun kita kini sudah senang dan kaya, ajari anak ilmu kekayaan dan bukannya asyik bergaya.

10. Didiklah dan kenalkan anak erti susah, agar mereka beringat sebelum susah.

Info gambar:

Anak tergelincir
Anak tergelincir

Gambar ini kenangan sewaktu musim sejuk yang lalu. Anak sulung saya baru bangun dari jatuh disebabkan permukaan salji yang agak licin.

Asalnya kami ingin menghantar anak-anak ke sekolah menaiki kereta. Ini kerana kami sedikit khuatir keselamatan mereka lebih-lebih lagi keadaan salji yang membeku dan licin.

Namun, teguran jiran Jepun di hadapan rumah menyebabkan hasrat kami terbantut. Beliau menegur kenapa tidak dibiarkan anak-anak berjalan kaki sendiri.

Di sini, anak-anak sejak daripada darjah 1 telah dilatih untuk berjalan kaki sendiri tanpa ditemani ke sekolah. Tiada konsep bas sekolah yang ambil dan jemput anak di hadapan pintu sekolah-sekolah Jepun.

Saya tidak nafikan faktor persekitaran juga sangat mempengaruhi. Namun, sikap tidak manjakan anak-anak sejak awal usia dan kenalkan anak-anak erti susah memang patut dipuji.

Sekadar perkongsian dari kejauhan.

Sayonara! Sampai jumpa lagi.

BACA: Kisah Pengemis OKU Yang Mahu Beli Baju Raya Untuk Anaknya