Kenapa abah bagi mama duit?

Dulu semasa anak kecil mereka selalu bertanya, mama banyak duit kenapa bila mama nak pergi kerja abah bagi duit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari ini anak lelaki yang bertanya sudah remaja dan tak pernah bertanya lagi. Anak yang kecil pula bertanya.

Anak-anak lelaki mama yang dah remaja tu baca ni. Akan datang kamu pula ada isteri.

Duit makan yang abah bagi itu wajib abah bagi kepada mama setiap hari walaupun mama ada duit. Anak-anak pun tahu bukan banyak.

Kadang-kadang tak cukup pun beli air teh o ais limau kegemaran mama kat restoran Bismillah. Pernah hanya dapat RM2. Bukan kerana mama tidak ada duit, insyaAllah ada.

Tapi mama mahu abah selalu ingat tanggung jawabnya. Mama mahu abah dapat pahala, mama mahu rezeki abah lebih luas.

Keindahan setiap kali wang bertukar tangan pada pagi yang bening tidak dapat di gambarkan kesyahduannya terutama bila abah kata, “ini je yang ada”.

Berapa jumlahnya itu tidak penting.

berkat-dari-duit-abah-1

Yang penting setiap kali abah berikan duit jajan, meruntuhkan keegoan hati mama sebagai orang yang bergaji dan berduit sendiri.

Hari ini abah bagi RM5, syukur. Mudah-mudahan rezeki abah bertambah-tambah lagi. Duit tu cukup sampai petang sebab mama puasa hari ini.

Baca lagi: Lelaki Ini Berkata Beliau Tidak Mampu Menampung Isterinya, Dan Dia Betul