Filem franchise Fast & Furious pastinya memiliki peminatnya tersendiri dan setiap watak dalam filem tersebut memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan plot-plot dalam filem tersebut. Baru-baru ini, filem spin-off Fast & Furious: Hobbs & Shaw telah mula ditayangkan di seluruh dunia.

Jika anda sudah menonton filem tersebut, apakah pandangan anda mengenai filem itu? Pasti ada yang menyukai dan tidak menyukai filem Hobbs & Shaw, serta pasti ada yang kecewa dan mungkin merasakan ini versi lebih baik.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Setiap orang memiliki cita rasa yang berbeza dan ‘expectation’ yang berbeza. Akan tetapi, kutipan pembukaan filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ini tidaklah memberansangkan dan terburuk dalam sejarah franchise Fast & Furious kerana hanya berjaya mengutip sebanyak $60.8 juta sahaja.

Bagi anda yang tidak tahu, Hobbs & Shaw merupakan filem spin-off kedua dalam franchise Fast & Furious. Malah, bagi filem kali ini mengisahkan dua watak terkenal dalam siri tersebut iaitu Hobbs dan Shaw yang bersatu untuk menghalang Brixton.

Adakah anda rasa bahawa filem ini merupakan satu kegagalan atau sebaliknya? Untuk pengetahuan anda, sebelum ini konflik telah berlaku antara Dwayne Johnson dan juga keluarga Furious apabila Dwayne Johnson telah mengkritik salah seorang pelakon dalam filem tersebut.

Dwayne Johnson menyatakan kekecewaannya dengan mengkritik pelakon tersebut kerana disebabkan pelakon tersebut tidak bersikap professional menyebabkan pengembaraan sering tertangguh. Akan tetapi, pelakon dalam siri tersebut juga iaitu Tyrese Gibson telah bertindak mempertahankan pelakon tersebut dan mengatakan bahawa pelakon tersebut telah berusaha keras pertahankan filem dan setiap watak setelah sekian lama.

Baru-baru ini, Tyrese Gibson telah memuat naik status di Instagram yang telah dipadam memberi mesej kepada Dwayne Johnson bahawa dia menunjukkan rasa hormat kepada Dwayne Johnson kerana telah mencuba dan dia mengatakan bahawa memecah-belahkan keluarga menunjukkan tiada nilai.

Selain itu, Michelle Rodriguez juga ada mengatakan pendapatnya di media sosial bahawa sepatutnya filem spin-off mengetengahkan keadilan pada watak Han yang telah mati sebelum ini.

Nampaknya filem spin-off Fast & Furious: Hobbs & Shaw ini membuka luka dalam pelakon-pelakon asal filem franchise tersebut. Malah, berikutan filem tersebut ditayangkan terlebih dahulu, ia melambatkan lagi tarikh tayangan filem Fast & Furious 9.

Baca lagi: Huraian 3 Babak ‘Post Credit’ Dalam Filem Hobbs & Shaw

Anda Mungkin Suka