Nota Editor: Kisah ini diceritakan oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga ianya menjadi inspirasi untuk kita membuat lebih banyak dan menyebarkan kebaikan.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Saya tidak mahu cerita kisah ini, asalnya mahu diam-diam sahaja. Tetapi hari ini saya sedikit kecewa dengan seorang Syed yang telah mengecewakan Syed yang seorang lagi.

Saya ke kedai runcit mahu membeli barang yang dipesan isteri, sedang mencari-cari barang, saya perhatikan ada seorang budak lelaki yang kerap kali melintas semasa saya mengambil barang di rak. Saya terus sahaja mengambil barang dan kemudiannya saya lihat sesuatu yang saya tak patut lihat. Budak ini sedang memasukkan beberapa barang ke dalam seluarnya (bahagian sulit). Saya terus berjalan buat tak tahu kearahnya, sampai dah dekat saya terus rangkul bahunya. Dia sangat terkejut.

“Kau mencuri ya!” Saya bercakap berbisik-bisik.

“Jangan Pak jangan.. tolong kesiankan saya Pak, ibu sakit Pak,” budak itu merayu-rayu dengan air mata yang sudah bergenang. Saya terus sayu, ingatan melayang ke nasihat Syed Azmi kepada Mutalib sewaktu Mutalib ternampak seorang lelaki yang mencuri barang di kedai dulu. Kata Syed Azmi, bayarkan dan jadikannya halal, orang itu pasti orang susah, jika tidak dia tak akan mencuri makanan.

BACA: Syed Azmi terinspirasi daripada dua beradik

“Ambil barang yang kamu nak, pakcik bayarkan, keluarkan barang yang kamu ambil tadi letak dalam bakul,” dia terus mengangguk setuju.

Selesai sahaja semua, saya paksa dia naik ke kereta saya. Kami menuju ke rumahnya. Rumah flat tingkat tiga. Dia beri salam dan seorang lelaki membuka pintu, mereka bercakap Jawa barangkali, saya tidak faham. Budak tadi menerangkan kepada bapanya dan bapanya menjemput saya masuk.

Mereka bercerita tentang kesusahan mereka. Si isteri sedang sarat masuk bulan ke-tujuh, anak sedang membesar dua orang. Lebih menyakitkan, suami yang bekerja sebagai buruh baru sahaja dirompak rakan senegara dan menambah perit si isteri sudah tiada permit. Saya termenung sendiri. Berkali-kali si suami pesan supaya saya tidak laporkan kepada sesiapa, katanya tidak mahu berpisah dengan isteri sehinggalah isterinya selamat melahirkan anak. Saya angguk setuju.

Semalam, saya hantar lagi beras dan beberapa keperluan lain. Suaminya pesan kepada saya cukuplah, banyak sangat dah yang kami semua tolong. Beliau sudah menerima gaji awal (minta dari majikan dan majikan bantu, Alhamdulillah). Saya kata kepada beliau, apa-apapun pastikan anak tak mencuri, jika susah macam mana pun jangan mencuri. Dia angguk.

Hari ini bila saya lihat Syed Azmi bercerita tentang kebaikan, sudah ada manusia lain yang berkata kami ini memuja-muja beliau. Azmi tidak bercerita kebaikan yang beliau buat, tetapi beliau mengajar kami yang kami ini juga ada seketul hati untuk membantu orang lain. Itu sahaja.

Jika tidak ada cerita-cerita dari Azmi, saya fikir kita semua akan seronok dengan cerita dari kisah kena rogol, kena bunuh, kena rompak dan kena itu ini dari kisah kebaikan yang kita semua boleh contohi.

Hendak mencontohi, kena cari kebaikan. Maka Tuhan hadiahkan kita manusia yang diberi nama Syed Azmi ini untuk kita dapat baca, dapat belajar, dapat buat baik seperti mana dia buat baik.

Syed Azmi, teruskan.
Kita bukan kawan, kita keluarga.

Wassalam.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kambing besar sikit.

BACA Juga: Mahu Ubah Selera Bacaan Anda? Mungkin Anda Perlu Mencuba Buku Terbitan Dari Penerbit Alternatif Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka