Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa bakal tubuh pasukan khas untuk meneliti aduan pengguna berkaitan Touch ‘n Go. Hal ini kerana syarikat TNG dilihat mempunyai aduan yang banyak tetapi masih tidak diselesaikan.
Terbaharu,Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini telah mengarahkan beberapa perkara kepada TNG, termasuk berkaitan kad prabayar VISA terbaharu mereka.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
Antara arahan yang diberikan, pihak Touch ‘n Go untuk menambah bilangan pusat jualan dan perkhidmatan kad TNG. Di samping itu, TNG juga perlu memberi notifikasi awal kepada pengguna sebelum tamat tempoh.
Perkara lain yang dibahaskan juga adalah keperluan menurunkan iklan penjualan kad TNG tidak rasmi daripada semua platform dalam talian. Kerajaan turut meminta pihak TNG untuk mengubah nama jenama kad prabayar VISA dalam usaha menggelakkan kekeliruan fungsi kad tersebut.
Dalam pada itu, TNG diminta untuk menjelaskan kepada pengguna berhubung penggunaan kad VISA yang mana tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran tol dan juga pengangkutan awam.
TNG diberikan pelan tindakan susulan dalam tempoh seminggu dari hari ini. Sama-sama kita nantikan penambah baikan yang akan dilakukan oleh pihak TNG demi keselesaan pengguna.