Isu berkaitan pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti tiada titik noktah. Isu tersebut sering menjadi permainan politik dan pastinya terdapat pelbagai reaksi dari orang ramai mengenai isu terbabit. Justeru, kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk mengambil langkah drastik bagi menangani isu ini agar isu pinjaman pendidikan tidak terus-terusan menjadi permainan politik oleh mana-mana pihak daam negara khususnya dalam kalangan ahli poitik.

Sedia maklum, pindaan boleh dilakukan ke atas mana-mana peruntukan sedia ada dalam negara kita seperti Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5) dengan menjadi isu ini sebagai salah satu kesalahan pilihan raya dan melarang mana-mana pihak untuk terus mengunakan isu pinjaman pendidikan sebagai modal politik untuk meraih undi. Pastinya jika pindaan ini dilakukan, isu terbabit tidak akan menjadi bahan kempen politik setiap kali tibanya musim pilihan raya yang pastinya tidak akan berkesudahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Potongan Gaji Bakal Dikenakan Kepada Peminjam PTPTN Dengan Pendapatan Melebihi RM1,000

Jika peruntukkan khusus ini wujud,pastinya tiada mana-mana ahli politik atau parti politik yang boleh menjadikan isu pinjaman pendidikan dalam manifesto politik pilihan raya mereka. Hukuman atau denda boleh dikenakan jika ahli politik atau parti yang masih ingin menjadikan isu tersebut sebagai modal kempen mereka.

Pastinya isu pinjaman pelajaran ini akan sering menjadi bahan kempen politik jika peminjam berterus-terusan tidak ingin membayar pinjaman tersebut. Adakah mungkin akan ada jalan penyelesaian yang terbaik bagi peminjam?

Sumber