Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam kita dikejutkan dengan laporan berita bahawa negara komunis, Korea Utara bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Malaysia menerusi Kementerian Luar (Wisma Putra) juga menyatakan kekesalan sambil mengecam sikap tidak wajar Korea Utara terhadap keputusan yang diambil oleh negara terbabit.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa,” kata kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kerajaan turut memberi arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam mulai hari ini.

The Vocket semalam melaporkan berita bahawa Korea Utara tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia yang mengekstradisi rakyatnya, Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Pyongyang menyatakan bahawa hukuman ekstradisi oleh Malaysia adalah tindakan jenayah dan kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Tindakan Malaysia telah menghancurkan seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan,” kata satu kenyataan yang ditulis di KCNA.

Untuk rekod, kedutaan Malaysia di Pyongyang sudah ditangguhkan sejak 2017 lagi. Kini pihak kerajaan akur dengan keputusan terbabit dan akan menutup terus Kedutaan Malaysia di sana.

‘Malaysia buat jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ – Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia.

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia

Anda Mungkin Suka