Sofyank96 bukanlah satu nama asing bagi pengguna media sosial, terkenal dengan menghasilkan video-video kreatif dalam durasi pendek sehinggakan dia digelar sebagai ‘Zach King Malaysia’.

Terbaru, Sofyank telah berkongsikan satu video hasil kerjasama dengan seorang lagi influencer terkenal, Aiman Salim. Dalam video kali ini, Sofyank mengetengahkan kebolehan model Toyota Vios dan GR Vios.

Transition video ini begitu smooth, dari pertukaran set diorama ke kawasan lot kedai sebenar, pita pelekat menjadi jalur jalan dan ditambah pula dengan gelak tawa jenaka ‘Liverpool’ oleh Aiman Salim menceriakan video kali ini.

Bahagian yang anda kena tonton adalah apabila Sofyank ‘upgrade’ model kereta Vios biasa menjadi GR Vios. Alangkah indahnya dunia jika kita boleh menukar kenderaan dengan fungsi ‘futuristik’ semudah itu.

Rata-rata video yang dikongsikan ini telah mendapat puluhan ribu reaksi dari segi pujian mahupun sokongan moral oleh peminat Sofyank di pelbagai platform media sosial seperti Twitter, Instagram dan TikTok.

https://twitter.com/auniqh/status/1383438448019722240?s=20

vocket-sofyank-video-toyota-vios-1
Sumber Gambar: TikTok Sofyank96
vocket-sofyank-video-toyota-vios-2
Sumber Gambar: TikTok Sofyank96

 

vocket-sofyank-video-toyota-vios-5
Sumber Gambar: Instagram Sofyank96

Ramai netizen teruja dan berharap lebih banyak jenama-jenama lain akan berkerjasama dengan Sofyank bagi menghasilkan video iklan yang ‘fresh’ selari dengan audien pengguna media sosial masa kini.

Tahniah kami ucapkan kepada Sofyank kerana sekali lagi berjaya menghasilkan video yang setaraf kualiti antarabangsa. Tidak hairanlah jika orang ramai mengelarkan Sofyank sebagai ‘Zach King Malaysia’.

Pada Disember tahun lalu Zach King tertipu dengan ‘helah’ dalam satu video sambutan hari jadi yang dibuat oleh Sofyank sendiri.

Zach King Sambut Hari Lahir Sofyank, Rasa ‘Tertipu’ Bila Komputer Riba Bertukar Menjadi Kek

Tonton Sofyank96 ‘Remake’ Video Yang Pernah Dihasilkan Beliau 10 Tahun Lalu

Kecewa Dengan Pilihan Kementerian, Netizen Cadang Sofyank Dipilih Sebagai ‘Influencer’

Sumber