Sekiranya terdapat anugerah bagi bisnes makanan francais paling inovatif, kami yakin Domino’s Pizza antara yang tersenarai. Rangkaian makanan francais ini sebelum ini hadir dengan teknik pemasaran yang menarik perhatian ramai dengan mengumumkan mereka akan mula menghantar pizza melalui dron. Buat yang berada di River Loose, Kent pula penghantara menggunakan canoe antara yang tersedia.

Kini dalam usaha untuk menawarkan pizza dalam keadaan masih segar dan panas buat para pelanggan, Domino’s dengan bersama Ford sedang dalam usaha untuk menyediakan kereta pandu sendiri khusus buat penghantaran pizza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana sistem penghantaran pizza tanpa pemandu berfungsi

kereta tanpa pemandu domino's

Melalui sistem driverless ini, para pelanggan yang membuat tempahan pizza perlu memuat turun aplikasi ‘Domino’s tracker’ untuk mengesan lokasi pizza mereka. Sejurus selepas kereta pandu sendiri Domino’s tiba di perkarangan rumah, para pelanggan perlu memasukkan password yang pada tablet yang tersedia dibahagian tepi kereta untuk mendapatkan pizza melalui tingkap kereta ini.

Mungkin agak futuristik serta dalam masa yang sama agak menyusahkan sementara menantikan orang ramai mula selesa melalui sistem terbaru ini. Program kerjasama Ford bersama Domino’s ini juga dikatakan masih baru dan masih dalam fasa percubaan buat masa sekarang. Oleh yang demikian anda boleh lihat terdapat pemandu yang ‘standby’ dibahagian tempat duduk pemandu.

Anda boleh lihat video dibawah untuk mendapat sedikit gambaran bagaimana sistem ini dijalankan.

Sesuatu yang menarik untuk disaksikan bilamana sistem penghantaran makanan telah mula menggunakan teknologi terbaru dalam memberikan yang terbaik buat para pelanggan. Adakah sistem ini akan tersedia buat pelanggan di Malaysia? Mungkin nanti sejurus selepas sistem ini telah diuji sepenuhnya di beberapa bandar dan negara yang lain.

Berdasarkan prosedur penghantaran Domino’s menggunakan kereta pandu sendiri ini, adakah anda rasa lebih selesa dengan sistem terbaru ini atau anda lebih suka gaya penghantaran sediakala dimana anda boleh terus menerima pizza anda melalui pintu pejabat anda sahaja?

Sumber