Bagi kita di Semenanjung, keretapi ini mungkin agak asing dan tidak begitu diketahui berbanding penduduk setempat. Keretapi ke Tenom, Sabah ini bukan saja penuh nostalgia tapi juga antik dan dalam kelasnya tersendiri.

Berikut kami kongsikan pengalaman Miki Lai yang telah menaiki keretapi antik ini pada bulan Oktober 2017, iaitu pada bulan lepas. Laluan beliau adalah Tanjung Aru – Beaufort – Tenom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jadual dan tambang keretapi

Tambang Tanjung Aru – Beaufort : RM4.80
Tambang Beaufort – Tenom : RM2.75
Jumlah tambang pergi balik (seorang): RM15.10

Perjalanan dariĀ Tg. Aru ke Beaufort : 7:45am, tiba 9:45
Masa menunggu keretapi seterusnya : 4 jam
Beaufort ke Tenom : 1:30pm, tiba 3:30pm

Masa balik Tenom ke Beaufort : 7:30 atau 1:00pm
Jadual keretapi Beaufort ke Tg Aru : 5:00am atau 11:00am. 2 masa ini sahaja.

Pilihan alternatif : Bas dari Beaufort ke KK jam 3:30pm. Tambang bas RM12.

2. Penginapan

Hotel Sri Perdana. Dekat dengan KFC. RM26 seorang.

Baca: 5 Tempat Yang Perlu Anda Lawati Jika Ke Sandakan, Sabah

trip-keretapi-tenom-sabah-7

trip-keretapi-tenom-sabah-2

trip-keretapi-tenom-sabah-3

trip-keretapi-tenom-sabah-4

trip-keretapi-tenom-sabah-5

trip-keretapi-tenom-sabah-6

trip-keretapi-tenom-sabah-9

trip-keretapi-tenom-sabah-15

trip-keretapi-tenom-sabah-18

trip-keretapi-tenom-sabah-12

trip-keretapi-tenom-sabah-13

trip-keretapi-tenom-sabah-16

trip-keretapi-tenom-sabah-17

3. Tempat tempat menarik di Tenom untuk di lawati

(i) Pusat Kebudayan Murut

Di pusat kebudayaan ini anda dapat melihat secara dekat tradisi dan kebudayaan orang-orang Murut. Lokasinya 13km daripada pekan.
Yuran masuk:
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3

(ii) Taman Pertanian Lagud Sebrang

Taman yang menyediakan landskap yang cantik seperti fairy tale. Terletak 10km daripada Pekan Tenom

(iii) Kilang Kopi Yit Foh

Hanya 5 minit daripada Pekan Tenom. Di sini anda boleh beli kopi dengan harga kilang. Pelbagai jenis kopi di jual di sini. Pastinya sedap dan murah.

(iv) Kilang Kopi Fatt Choi

Kopi Fatt Choi dikenali sebagai kopi Starbuck tempatan di sebabkan rasanya yang lazat dan berlemak!

(v) Sungai Padas Rafting

Memang di kenali sebagai tempat rafting yang best bagi pengemar aktiviti sukan lasak.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Miki, dapat saya rasakan mungkin tarikan ke sini tidaklah begitu gempak, tapi sebenarnya perjalanan menaiki keretapi itu sendiri merupakan satu pengalaman unik dan tiada di tempat lain di negara ini. Ditambah dengan harganya yang murah.

Jadi jika anda ke Sabah, mungkin mahu masukkan ini ke dalam itinerari anda. Dan oh ya, keretapi ini juga pernah dimasukkan ke dalam salah satu babak dalam filem Ola Bola.

trip-keretapi-tenom-sabah-1

trip-keretapi-tenom-sabah-10

trip-keretapi-tenom-sabah-11

trip-keretapi-tenom-sabah-19

trip-keretapi-tenom-sabah-8

trip-keretapi-tenom-sabah-6

trip-keretapi-tenom-sabah-21

trip-keretapi-tenom-sabah-20

trip-keretapi-tenom-sabah-22

trip-keretapi-tenom-sabah-23

trip-keretapi-tenom-sabah-24

Baca lagi: 13 Tempat Best Mesti Diterjah Jika Anda Travel Ke Sabah