Selepas kejayaan dua siri sebelum ini, 20th Century Fox mengumumkan bahawa siri ketiga Kingsman sedang dalam perancangan. Pengarah/penulis Kingsman, Matthew Vaughn akan kembali ke kerusi pengarah untuk siri ketiga ini.

Fox masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang plot serta para pelakon yang akan muncul tetapi Taron Egerton dan Colin Firth akan kembali untuk siri ketiga.

Kutipan yang hebat di seluruh dunia antara sebab kita dapat melihat siri ketiga Kingsman. Kingsman: The Secret Service mengutip USD414 juta manakala Kingsman: The Golden Circle mengutip USD410 juta di seluruh dunia.

Kingsman 3 dijadulkan akan berada di pawagam pada 9 November 2019. Setiap siri yang baik akan berakhir di angka 3. Jadi harapnya filem Kingsman yang akan datang akan lebih hebat dan padu daripada segala aspek. Siapa yang anda mahu lihat tampil di siri ketiga Kingsman?

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!