Penantian untuk karya sekuel Kingsman akhirnya akan berakhir apabila filem ini akan menemui peminat di seluruh dunia bermula 21 September ini. Sebelum itu, terima kasih kepada semua yang menyertai peraduan Vocket Premiere untuk filem Kingsman: The Golden Circle ini. Memang ramai betul yang join untuk jadi antara yang pertama menonton filem ini.

Dalam The Golden Circle, Eggsy(Taron Egerton) dan Merlin(Mark Strong) terpaksa merantau ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan Statesman(pakatan Kingsman di Amerika Syarikat) selepas headquarters mereka dimusnahkan oleh pihak musuh dikenali The Golden Circle. Eggsy dan rakan-rakan barunya perlu bersatu untuk bersama-sama menumpaskan The Golden Circle.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Begitulah serba sedikit jalan cerita filem ini. Jadi bagaimana filem kedua Kingsman ini berbanding yang pertama? Dapatkah ianya menyaingi filem Kingsman yang pertama?

1. Jalan cerita yang simple tetapi menarik

kingo

Pengenalan watak dibuat hanya untuk watak-watak baharu dan tidak untuk watak sedia ada. Anda pastinya sudah kenal Eggsy & Co jika tonton Kingsman yang pertama bukan? Tidaklah filem ini jadi meleret panjang nanti. Jalan ceritanya pula jalan terus sahaja, mudah difahami dan tidak memeningkan.

Dari segi aksi pula, belum sempat kerusi wayang hendak panas aksi kejar mengejar sudah pun bermula. Boleh kata Kingsman kali ini lebih sarat dengan aksi pertarungan yang mengujakan. Adegan serius dan lucu juga digarap rapi jadi tak adalah filem ini lucu dari mula sampai habis. Bila perlu serious, mereka serious. Bila lucu, mereka lucu. Kalau anda enjoy tonton Kingsman yang pertama, anda pasti akan lebih enjoy dengan Kingsman yang kedua ini.

2. Lakonan bersahaja tetapi hebat Julianne Moore

julianne-moore-kingsman-the-golden-circle

Julianne Moore boleh dikategorikan sebagai seorang villain yang cun dan adorable tetapi psiko. Julianne Moore memang salah seorang pelakon otai di Hollywood dan kehadiran beliau dalam Kingsman sedikit sebanyak dapat melariskan lagi filem ini.

Watak beliau dalam Kingsman adalah sebagai Poppy, pengedar dadah yang hidup kaya raya hasil jualan dadah miliknya. Nak cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pula. Tetapi yang penting saya sangat suka lakonan Julianne Moore dalam Kingsman ini. Beliau berjaya bawa watak Poppy dengan jayanya.

3. Fight Scene

Masih ingat babak pertarungan di gereja dalam Kingsman yang pertama? Dalam Kingsman kedua juga ada babak pertarungan yang epik seperti ini. Boleh dikatakan babak pertarungan seperti ini adalah trademark untuk filem Kingsman. Bukan senang untuk menghasilkan scene pertarungan seperti ini. Jadi kena nikmatinya di pawagam. Memang puas hati!

4. Barisan pelakon hebat

The cast of ‘Kingsman: The Golden Circle’ outside of the Kingsman tailor shop at 2017 Comic Con, San Diego, CA, USA – 19 July 2017
“Kingsman: The Golden Circle” di Comic Con. L-R: Channing Tatum, Pedro Pascal, Colin Firth, Taron Egerton, Halle Berry dan Jeff Bridges.

Kingsman: The Golden Circle membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Colin Firth, Julianne Moore, Taron Egerton, Mark Strong, Halle Berry, Elton John, Channing Tatum dan Jeff Bridges. Pelakon mana lagi yang anda mahu? Orang putih kata star studded cast. Pujian untuk setiap pelakon kerana membawa watak masing-masing dengan sangat berkesan. Cuma sedikit kecewa kerana peranan Channing Tatum dalam Kingsman ini agak minimal. Mungkin ada pelan lebih besar untuk Channing Tatum untuk Kingsman yang akan datang mungkin?

5. Pemilihan lagu

Ini perkara penting yang sudah menjadi trend dalam filem ketika ini dan diambil serius oleh pihak produksi. Bila lagu latar sedap dan familiar dengan penonton, sesuatu adegan itu akan lebih dekat di hati penonton. Pemilihan lagu-lagu rancak untuk babak pertarungan sedikit sebanyak menambah mood penonton. Anda layan lagu Elton John ini terlebih dahulu. Bila tengok The Golden Circle nanti anda pasti akan teruja apabila lagu ini dimainkan di dalam filem.

Saya tidak mahu mengulas banyak kerana tidak mahu terbuat spoiler untuk filem ini. Ianya sebuah filem yang sarat dengan aksi dan menghiburkan. Ada juga inside joke yang anda cuma akan faham jika masih ingat filem Kingsman yang pertama. Tambahan pula bagusnya cerita ini sebab ada mesej positif supaya jangan hisap dadah. Lepas tonton filem ini juga pasti anda teringin hendak beli jam tangan edisi khas Kingsman oleh TAG Heuer.

BACA: Jam Tangan TAG Heuer Edisi Khas Buat Peminat Setia ‘Kingsman’

Kerana kemantapan filem ini, kami beri rating 9/10 untuk Kingsman: The Golden Circle. Walaupun filem ini mendapat respon yang pelbagai daripada pengkritik filem, dengar cakap kami. Filem ini memang best. Antara filem wajib tonton dan terbaik untuk tahun ini.

P/S: Filem ini hanya untuk tontonan penonton 18 tahun ke atas sahaja. Reminder supaya anda tidak bawa adik/anak kecil untuk menonton filem ini. Enjoy!