Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang pembukaan sekolah untuk anak-anak pelarian Syria yang telah diusahakan atas inisiatif para pelajar Malaysia di Jordan.

Sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa para pelajar ini sanggup mengorbankan bukan hanya masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit dari saku mereka sendiri untuk anak-anak Syria ini.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Meskipun telah berhijrah ke Jordan, para pelarian Syria ini sering menghadapi masalah kewangan kerana undang-undang Jordan yang menyukarkan mereka untuk bekerja di negara ini.

Kebanyakan anak-anak pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian di Irbid ini pula hanya duduk di rumah atau bermain di tepi jalan kerana tidak mampu ke sekolah berdaftar kelolaan kerajaan Jordan.

anak-syria-1

Muhammad, 6 tahun, berasal dari Daraa, Syria, salah seorang daripada 5 pelajar yang mula-mula sekali mendaftarkan diri ke sekolah yang kami buka di Jordan ini.

Apabila bersama Muhammad, saya teringat kisah tahun lepas, beberapa hari sebelum Ramadhan di mana kami baru mahu membuka sekolah di sini untuk membantu jiran-jiran pelarian Syria.

Pada waktu itu saya masih ragu-ragu, kami sudah ada tempat dan ada cikgu Syria yang mahu mengajar, tapi kami masih belum menyebarkan berita kepada jiran-jiran Syria yang kami akan membuka sekolah percuma untuk mereka.

Saya risau jika sekolah ini tidak akan mendapat sambutan, mungkin hanya sedikit sahaja pelarian Syria yang mendaftarkan anak mereka, memandangkan pada waktu itu memang kebanyakan pelarian Syria tidak mengutamakan pendidikan kerana memerlukan keperluan asas seperti makanan dan sewa rumah yang dikatakan lebih penting dan mendesak.

Beberapa kali juga saya berjumpa keluarga-keluarga Syria yang mengatakan mereka suka dengan idea bantuan pendidikan ini tapi kalau nak berikan izin untuk anak-anak mereka menyertai program sekolah percuma seperti itu, kami mestilah memberikan bantuan asas kepada mereka seperti makanan dan sewa rumah.

Perkara-perkara seperti inilah yang menyebabkan saya risau tidak ramai pelarian Syria yang akan mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah kami.

sekolah-anak-syria-17

At our school for Syrian children. Somehow I feel happy when I see this scene, it reminds me that Muslims community are people who love knowledge very much. Read, in the name of Allah, that created (all that exist)” Al-Alaq, verse 1.

Namun, beberapa hari sebelum kami membuka sekolah, Muhammad dan sahabat-sahabatnya datang berjumpa kami di tempat yang bakal dijadikan sekolah ini atas ajakan sahabatku Aziz Persan untuk kami menceritakan tentang program ini kepada mereka.

Saya dan Aziz pun menceritakanlah tentang projek sekolah ini, dan mereka tanpa ragu-ragu terus mendaftarkan nama mereka, dan keesokkan harinya mereka membawa lebih ramai kawan-kawan mereka untuk mendaftarkan diri ke sekolah kami.

Walaupun ayah Muhammad telah syahid di Syria dua tahun lepas akibat ditembak oleh Tentera Al-Assad di kepala, dia tetap cekal dan terus bersemangat untuk belajar bersama kami sehingga sekarang, gambar ini diambil baru dua hari yang lepas.

Semoga Muhammad terus tabah menghadapi dugaan hidup dan akan sentiasa bersungguh-sungguh belajar untuk mengubah nasib keluarga, insyaAllah.

Kisah di atas  hanyalah secebis dari kisah anak-anak Syria di sana. Itu tidak termasuk lagi kisah-kisah berikut. Ini adalah kisah benar tentang perjuangan anak-anak Syria demi kelangsungan hidup mereka meskipun kini berstatus sebagai pelarian, menumpang hidup di bumi Jordan.

sekolah-anak-syria-10

Semangat cekal. Dikala rakan-rakan lain berjalan pulang dari sekolah, dirinya ke hulu kehilir menjual gula-gula kapas mencari rezeki.

Sekali lalu, tak teringin nak beli. Lalu melihat sahaja si kecil ini berlalu. Bila dah jauh, baru perasan sebungkus makanan yang baru dibeli tadi yang memang niat nak bagi pada sesiapa di jalanan.

Maka rondalah dipekan Ramtha (30minit daripada Irbid) mencari bayang si kecil ini. Alhamdulillah, berjaya ditemui balik. Mukanya baik, nampak sedang seakan terpinga mencari pembeli gula-gulanya.

Ditanya padanya, dah makan ke belum? Katanya belum. Bila ambil bungkusan makanan, tanya dia aku nak bagi ni kau nak tak? Katanya “takpa takpa. Aku tak nak”. Aku ucapkan saja, ini hadiah daripada aku, ambillah. Baru lah diambilnya. Sambil tu aku mintak dua gula-gula tersebut untuk dimakan oleh rakan-rakan dalam kereta. Harganya tak mahal, 20 sen sahaja untuk 2.

Sebaik nak berlalu, aku kepilkan sejumlah wang ke dalam sweaternya. Sambil kami berlalu pergi. Sikecil ini melambai-lambai tangan. Mukanya tidak senyum, tapi seakan bersedih. Seakan terkejut, bahkan duit yang aku kepilkan tadi pun masih tidak dilihat olehnya.

Proud of you kid, kecik-kecik dah berusaha berdikari mencari rezeki. Moga Allah rahmati dirimu sentiasa – Afyz Yzels.

sekolah-anak-syria-23

Nilai duit jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai senyuman kalian.

Si Kecil 4 Tahun vs 2 Coklat Cadbury

Diambil dua botol air minuman dan sedikit makanan ringan untuk bekal perjalanan. Dikala sedang memilih makanan yang ingin dibeli, aku terlihat kelibat seorang kanak-kanak kecil perempuan, mata terkebil-kebil, mata melilau seperti mencari sesuatu.

Diangkatnya satu peket kecil coklat, kemudian diletakkan balik. Diangkat pula yang lain, kemudian lagi sekali diletakkan kembali. Lama diperhati gelagat kanak-kanak ini, sebelum aku bertanya ” Hai, ada nak apa-apa ke? Nak coklat?” Dijawabnya ” Tak, tak nak pun. Takpe je”.

Aku perhatikan lagi, matanya terus melilau. Kali ini aku melihat ke tangan kecilnya, ya, ada duit syiling padanya. Duit syiling 5 qursh (sen). Kali ini dia perasan aku perhatikan tangannya. Aku alihkan pandangan pada matanya, kali ini nampak seolah si kecil ini mahukan sesuatu. Sebelum membayar, aku ambil 2 peket coklat Cadbury bersaiz sederhana, niat untuk hadiahkan padanya. Selesai membayar, aku tunggunya diluar kedai.

Sebaik si kecil ini keluar, aku hulurkan tangan untuk serahkan dua coklat tersebut. Dia menjawab “Tak, tak pe, tak nak”. Tapi matanya jelas seakan, dia menginginkan coklat ini. Aku cakap “Ambillah, hadiah ni. Nanti makan”. Dengan segan silu, si kecil ini mengambil coklat tersebut. Aku terus berlalu, masuk ke kereta dan menunggu.

Aku pandang, si kecil ini membuka peket coklat tersebut. Berjalan perlahan menuju ke bangunannya.

Hati menangis. Mata terpegun.

Alangkah terkejut aku, apabila melihat kanak-kanak ini rupanya mematahkan setiap coklat tersebut dan membahagikan coklat-coklat itu kepada rakan-rakannya yang melalui kawasan tersebut. Dari bibirnya, aku dapat membaca percakapannya “Ambil lah, ada orang bagi hadiah kat aku tadi”. Aku perhatikannya sehingga dia masuk ke dalam bangunannya.

Hati terus menangis. Sungguh, aku tabik hormat pada mereka. Walaupun kecil, tapi mereka kenal erti nikmat dan rezeki. Bahkan tidak hanya menikmati rezeki itu untuk mereka sahaja. Kanak-kanak seperti ini sungguh, sungguh membahagiakan hati ini. Segala penat pasti terubat melihat mereka-mereka ini – Afyz Yzels.

Dan selepas sekolah ini dibuka, bukan hanya pelajar Malaysia yang menawarkan diri untuk mengajar di sini tapi juga rakan-rakan mereka dari negara lain.

sekolah-anak-syria-4

Muslim dari 4 negara – Malaysia, Jordan, Syria dan Palestin akan bekerjasama merancang dan melaksanakan projek membuka Madrasah Arabiya Maliziya, sekolah swasta yang memberikan pendidikan percuma kepada kanak-kanak pelarian Syria di Jordan – Amir Ryzvan.

sekolah-anak-syria-1

Horacio from Argentina and his friends from Spain doing activities for Syrian children in our school.

sekolah-anak-syria-3

Anak anak ini sanggup berjalan kaki, melintas jalan bersama-sama demi menuntut ilmu,walaupun di tengah panas. Sungguh mereka memberi semangat pada diri untuk tidak berputus asa dalam perjuangan – Puteri Balqeis.

Hakikatnya untuk menjadikan sekolah ini satu kenyataan ia bukanlah umpama memetik jari. Dana dalam bentuk kewangan perlu dikumpulkan untuk membeli bahan bantuan mengajar, buku-buku dan alat tulis untuk anak-anak Syria.

sekolah-anak-syria-6

Alhamdulillah, the cooking class for Malaysian students by Syrian refugees has been successfully conducted. The fee that they pay for this class will be used to help Syrian refugees and for our school for Syrian children.

Hope they all have wonderful time, and may Allah S.W.T bless our effort to help Syrian refugees in Jordan insyaAllah – Amir Rizvan.

sekolah-anak-syria-7

Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang untuk berkongsi tentang projek pendidikan kami kepada pelajar-pelajar Arab di University Yarmouk.

Alhamdulillah kami menerima respon yang baik daripada mereka dan insyaAllah ramai yang akan membantu menjayakan projek pendidikan yang seterusnya nanti.

Semoga usaha-usaha untuk menyelamatkan pendidikan pelarian-pelarian Syria di Jordan ini akan berjaya dan diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah.

Selain dari itu, sekolah ini bukan hanya semata-mata tentang sekolah dan belajar, malah lebih dari itu bagi tenaga pengajar di sini. Mereka juga perlu  sentiasa peka dan bijak memahami situasi semasa anak-anak Syria ini;

sekolah-anak-syria-8

Antara soalan yang keluar semasa mesyuarat untuk sekolah Syria semalam;

Kalau ada pelajar Syria yang datang tapi tak bawa pensel, buku tulis (walaupun dah diberi sebelum ni), gaya macam tak nak belajar pun dan kacau pelajar-pelajar lain pula, patutkah kita suruh dia keluar dari sekolah?

Dalam hatiku pada masa itu aku rasakan patut memandangkan sekolah kami yang kecil dan akan mengambil bilangan pelajar yang terhad, jadi sepatutnya kami penuhi sekolah kebajikan ini dengan pelajar-pelajar pelarian Syria yang bersemangat untuk belajar sahaja.

Namun Ustaz Anwar, seorang guru dari Palestin yang bertugas sebagai pelatih sukarelawan yang ingin mengajar di sekolah kami menjawab;

Dengan mengeluarkan dia dari sekolah akan mempunyai kesan jangka panjang yang sangat buruk. Ya, mungkin sesetengah pelajar kita datang ke sekolah ini bukan untuk belajar tapi untuk berkawan, berkomuniti dengan rakan-rakan pelarian yang sebayanya. Tapi cuba kita lihat, dia akan bersosial dengan kawan-kawan yang cintakan ilmu dan bersemangat untuk belajar, lama-lama dia juga akan terpengaruh dengan mereka dan mula bersemangat untuk menuntut ilmu.

Inilah yang dipanggil pengaruh rakan sebaya.

Cuba kita bayangkan kalau kita keluarkan dia dari sekolah. Dia akan berasa kecewa dengan komuniti cintakan ilmu ini kerana tidak mahu menerimanya. Maka dia akan pergi mencari komuniti lain untuk berkawan dan besar kemungkinan dia akan bersosial dengan kumpulan-kumpulan remaja bermasalah yang berada di luar sana, dan akhirnya terpengaruh dengan mereka.

Barulah aku sedar bahawa menyediakan sekolah kepada pelarian-pelarian Syria di Jordan ini bukan sahaja penting untuk memastikan pendidikan mereka terjamin, namun ia juga penting untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kebejatan sosial.

Semoga Allah S.W.T melindungi remaja-remaja pelarian Syria ini dari pengaruh-pengaruh yang tidak elok di luar sana, insyaAllah – Amir Ryzvan.

sekolah-anak-syria-16

Malahan pembukaan sekolah ini juga sebenarnya telah menarik perhatian pelajar dari negara lain untuk datang melawat dan melihat bagaimana sekolah percuma seperti ini berjaya dijalankan oleh pelajar Malaysia.

sekolah-anak-syria-5

Today a group of students from Spain came to visit our school for Syrian children.

sekolah-anak-syria-2

A journalist from Japan, Amy visited our school for Syrian children. She was amazed to see how Muslims although from different countries, they work hard to help each other to handle crisis that they face.

One of her questions is “Why you all go so far to help them? “

I think the answer is simple. “We don’t need reason to help our family, right?”

Ironically, this quote is from Final Fantasy 9, a game that I played long ago when I still child,a game from SquareSoft, a Japanese company. Yes, I heard this quote when I was still small, but I remember it until now and even applied it so deeply in my life.

I think this sums up what life it, it’s really a circle. Long ago Japan taught me something. Now, I am the one who taught Japan. Ironically the same thing – Amir Rizvan.

sekolah-anak-syria-9

Alhamdulillah tak tau nak cakap apa selepas meeting semalam. Serius, kagum dengan semangat Amir Rizvan semasa usulkan cadangan untuk membuka sekolah percuma secara RASMI di Jordan.

Mungkin pada awalnya, banyak perkara negatif yang timbul dalam benak fikiran kami tentang projek kali ini kerana akan dilaksanakan dalam skala yang besar. Tapi, inilah tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

Sampai bila kita nak tengok badan-badan bukan kerajaan (non-muslim) masuk secara halus dalam masyarakat pelarian Syria? Inilah tangunggungjawab kita untuk hentikan semua ni.

InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi, berbekalkan pengalaman kami membuka tadika di Irbid dan sokongan daripada masyarakat Malaysia, kami akan pastikan projek kali ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya – RashdanRazlan.

sekolah-anak-syria-18


Sampah Sisa Makanan VS Makanan Atas Pinggan.

Kelihatan seorang pemuda OKU bersama emaknya, berjalan seakan tanpa hala tuju. Pemuda ini mengutip sesuatu dari timbunan sampah. Kali ini aku sedang menuju ke kelas, selalunya jika melalui lorong kecil, memang aku akan elakkan pandang orang dikhuatiri berlaku masalah. Tapi kali ini, hati tergerak nak pandang. Pandang punya pandang, nampak si pemuda ini seolah memakan sesuatu.

Bila lalu ditepi, baru perasan rupanya yang dimakan oleh pemuda tersebut adalah saki baki roti buangan yang dibuang oleh restoran bersebelahan mereka. Aku alihkan pandangan pada mak dia, kelihatan mata si emak sayu memandang si anak memakan sisa makanan tersebut.

Aku alihkan pandangan terus ke hadapan, sejujurnya tidak sanggup memandang situasi ini buat kali kedua. Aku teruskan perjalanan sambil hati menahan untuk menangis. Hajat dihati ingin berhenti, ingin mengajak mereka ke kedai makan, namun disekeliling ramai pemuda lain yang sekadar melihat. Khuatir nanti jika membuka dompet di tempat awam, lain pula perkara yang terjadi.

Sejujurnya, setiap kali berjalan dimana-mana kawasan, aku suka melihat gelagat dan perilaku manusia. Dan kerap kali itu jugaklah, hati seakan ditembak. Sungguh jika sekali, mungkin bolehlah terima tapi jika lebih daripada skali?

Umi abah selalu pesan, “dik bab makanan tak yah berkira dik, dengan kawan-kawan jangan berkira, rezeki tu dik kadang-kadang bukan untuk kita, untuk orang lain juga”.

Sama-sama lah beringat. Jika ada makanan tak habis tu janganlah buang macam tu sahaja. Bungkuslah. Bawa ditangan. Jika terlihat mereka-mereka yang tiada makanan, hulurkanlah pada mereka. Jangan membazir.

Bayangkan jika sisa makanan kita yang mereka makan, sanggupkah kita membiarkan mereka makan makanan yang sudah dihinggap lalat dan bakteria, sedang kita makan di atas pinggan dengan enaknya?

Paling kurang bungkuskanlah, bagi mereka makan dengan cara yang betul dan bersih – Afyz Yzels.

sekolah-anak-syria-24

Pahit, tapi benar. Hakikat Seorang Pelarian Syria.

Lihat betul-betul pada gambar. Apakah benda yg berada diatas tanah didalam gambar?

Ya. Roti. Roti keping. Percaya atau tidak roti inilah yg merupakan makanan harian pelarian Syria di jordan, yang tinggal di kem-kem.

Hari ini meninjau kem-kem pelarian Syria di sekitar Mafraq. Kata si ibu tadi, roti ini basah kerana dilanda hujan semalam. Dan hari ini, mereka keringkannya dengan menjemur diatas tanah ini.

Aku tanya, “ini ke makanan harian?” Jawabnya “ya”.

Pahit bukan? Tapi itulah hakikatnya. Mereka menjemur roti berlantaikan tanah, kita membakar roti diatas dapur. Kita makan dikedai, mereka makan diatas lantai. Tanpa mampu berfikir soal penyakit, apatah lagi ingin memikirkan soal kebersihan. Mereka bukan tidak mahu, tapi tidak mampu.

Moga-moga tahun ini mereka dilimpahi berkat dan dimurahkan rezeki – Afyz Yzels

sekolah-anak-syria-22

“I had lost everything. I have nothing more to lose. That’s why I’m not afraid anymore. That’s why I’m strong.

You may be older than me, have better education, have more knowledge than me, but, I understand this world more than you. I know how cruel this world could be, you still don’t understand. You never will.

Don’t judge the path I choose to take, if you haven’t walk the journey I had to make.”

This is the answer I get when I ask “What motivates you to keep doing this?” to my young Syrian refugee friend who left school to work 12 hours a day in a restaurant to help his family.

I was offering him to go to a school which I will support as I was pity to him to see he work very hard everyday, but he decline it. He said if I want to support schooling, help his sister to go to private school to save her future.

He believe his future cannot be saved anymore, so he will work hard to save his younger siblings’ future. He don’t want them to end up the same with him.

When I see him in the eyes, I can see no feeling, expressionless, emptiness. It’s the eyes of a man who has nothing more to lose, who not afraid of anything anymore.

“Save the children.”

I will never forget that, never. The words, the expression of the eyes, the emptiness…it will haunts me for the rest of my life, but it also will give me strength everyday, give me motivation, give me the courage, to fight, to save the Syrian children’s future – Amir Rizvan.

sekolah-anak-syria-11

Everyday no matter how busy I am, I will try my best to come to my Malaysian Arabian Cultural Society school for Syrian children to make sure that my Syrian sister Amani will teach the children very well.

Beside that, another reason I come to my school everyday is to see the Syrian children. Somehow, when I see them it give me hope and strength to keep going on, keep doing what I’m doing now no matter how hard the challenges are.

For me, these children generation are the hope of Muslims to make the world a better place.

That’s why, I would do my best. I would do anything that I can. I would do everything that I can to save these generation.

And Alhamdulillah, I am soo grateful to Allah S.W.T., that I’m not alone in this fight. Thank you my family and friends from Malaysia, Syria and Jordan, who helped me a lot right now in doing this.

This is not my fight,this is our fight! – Amir Rizvan.

sekolah-anak-syria-12

Inisiatif kami ini adalah untuk memastikan kita umat Islam terutamanya anak-anak muda ini tidak ketinggalan di belakang dan menjadi insan yang berintegriti, produktif dan mampu menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.

Projek kami yang seterusnya ini ialah membuka sekolah swasta yang diiktiraf di Jordan di mana pelajar-pelajarnya akan belajar mengikut silibus yang selaras dengan silibus Kementerian Pelajaran Jordan dan akan mendapat sijil yang diiktiraf di negara-negara Arab.

Selain itu di sekolah ini juga kami akan mengajar kanak-kanak Syria membaca Al-Quran, memberi didikan agama, menerapkan nilai-nilai murni, memberi sokongan moral kepada anak-anak Syria bagi mengikis perasaan inferior dan mengelakkan kebejatan sosial daripada menjangkiti mereka – Amir Rizvan

sekolah-anak-syria-14

Qusain, Rawan, Marwa and AbdulAziz, my lovely little Syrian students. Hope they have a wonderful time at my school, insyaAllah.

Bangunan sekolah ini telah siap dibina dan memerlukan lebih kurang sebulan lagi untuk persiapan sepenuhnya sebelum bergerak. Pada ketika ini sumbangan dan dana amat diperlukan untuk menjayakan projek ini.

sekolah-anak-syria-20 sekolah-anak-syria-21

Tak terbayang di mata andai nasib yang dilalui oleh anak-anak Syria ini terjadi kepada anak-anak kita. Sesungguhnya mereka tidak bersalah. Mereka anak-anak yang tidak berdosa tetapi menjadi mangsa akibat kerakusan manusia tamak dan kejam.

sekolah-anak-syria-19

Yang pasti, ini bukan hanya perjuangan pendidikan semata. Ini bukan perjuangan atas dasar simpati saja. Ini juga sebenarnya fisabilillah!

Andai tidak mampu memberi dalam jumlah yang banyak, ketahuilah walau hanya RM1 ia sungguh bermakna buat anak-anak malang ini. Lihatlah bagaimana mereka sanggup menjaja gula-gula kapas hanya pada harga 10 sen saja setiap satu, sedangkan di Malaysia gula-gula yang sama paling kurang dijual pada harga Rm1.50. Begitu tegarnya mereka berusaha mencari rezeki yang halal meskipun pulangannya tidak seberapa.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu sentiasa lebih baik dari yang menerima. Sudah tiba masanya kita menyahut seruan fisabilillah ini.

Untuk sumbangan dan mengikuti perkembangan terkini tentang projek sekolah untuk anak-anak Syria ini, follow fb page TFTN for Syria atau hubungi Amir Rizvan, Presiden Malaysian Arabian Cultural Society untuk info lanjut. Amir juga sering berkongsi perkembangan terkini tentang sekolah anak-anak Syria ini di fb beliau.

BACA: Ini Sebabnya Mengapa Lelaki Ini Sanggup Mengajar Anak-Anak Syria Bahasa Melayu

Ayuh menderma.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka