Jika dilihat bagaimana pelarian Syria dan warga beberapa negara lain yang sedang melarikan diri dari kancah peperangan, pastinya kita terfikir bagaimanakah kehidupan mereka di saat ini. Bagaimana pula kehidupan mereka setelah sampai ke destinasi yang di tuju?

Namun begitulah kehidupan. Apabila negara tercinta bukan lagi syurga untuk meneruskan hidup, apatah lagi untuk menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak dan generasi mendatang, berhijrah adalah pilihan terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesukar mana pun perjalanan itu tetap diteruskan jua meskipun ia masih samar dan tidak pasti.

Menyelami kisah suka duka pelarian perang seperti yang dipaparkan oleh media, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda kisah seorang gadis ini.

Satu ketika dulu ibubapa beliau pernah berstatus pelarian kerana kerana menjadi mangsa peperangan Amerika – Vietnam. Tapi itulah harga yang perlu dibayar demi masa depan yang lebih baik untuk generasi mereka.

Kini gadis ini adalah seorang warga Malaysia. Membesar jauh dari kancah peperangan dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke pusat pengajian tinggi.

Mari saya kenalkan anda dengan Nana Safiana, berusia 25 tahun dan merupakan gadis berdarah Vietnam – Champa.

“I am raised by immigrant parents who once were refugees that fled Vietnam by boat (father) and land (mother) during the Vietnam-America War.” I was born in Malaysia  in 1991.

Membesar di Terengganu dan merupakan seorang fotografer bebas, Nana kini sedang mengusahakan beberapa projek jangka panjang yang mengambil masa untuk disiapkan sepenuhnya.

“Setiap daripada kita melihat dunia dengan cara yang berbeza. Saya percaya bagaimana saya menggambarkan dunia dapat membantu insan lain untuk melakukan perubahan, untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita ada” – Nana Safiana.

Baca: Pelarian Muslim Jadi Menteri Termuda Sweden

nana-safiana-12

nana-safiana-5
I’m passionate and in love with what I do. It gives me a warm, fuzzy feeling.

Pernah bekerja sebagai fotografer di  Utusan Malaysia namun setelah 2 tahun bekerja, Nana mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi fotografer bebas sepenuh masa.

Apabila ditanya adakah beliau tidak gusar meninggalkan keselesaan dengan gaji tetap setiap bulan, menurut Nana saat-saat sukar sewaktu membesar banyak mengajar beliau untuk lebih fokus dengan apa yang ingin dicapai dalam hidup, menjadikan beliau lebih berani untuk keluar dari zone selesa. 

Kewangan sentiasa menjadi cabaran utama, tetapi saya percaya dengan rezeki daripada Tuhan.

“Kesusahan yang dihadapi, pernah mempunyai rakan yang mengambil kesempatan ke atas diri saya, mereka datang apabila memerlukan sesuatu tetapi hilang setelah mereka dapat apa yang mereka inginkan.

Ia benar-benar memberi kesan kepada saya untuk melihat dunia dari sudut berbeza. Saya ambil kejadian ini sebagai satu cabaran dan ia membuatkan saya rasa lebih kuat” – Nana.

Nana juga mempunyai keinginan mendalam untuk lebih memahami tentang perkara di sekeliling beliau, pembelajaran spiritual, cuba memahami setiap insan yang beliau temui di sepanjang jalan dan sewaktu merakam gambar.

“Tak pernah terfikir bahawa satu hari nanti saya akan menjadi seorang fotografer. Tetapi sejak remaja lagi saya sentiasa cuba untuk menghargai perkara-perkara kecil di sekeliling saya”.

Saya dengan rasa rendah diri ingin terus memahami tentang dunia, dan bersedia untuk menimba sebanyak ilmu serta dari setiap perkara yang saya lakukan. Itu tujuan yang saya cari buat masa sekarang”.

Kehidupan Sukar Sewaktu Kecil

Ditanya tentang kehidupan sewaktu membesar, menurut Nana beliau  perlu menjadi seorang  yang berdikari seawal usia 15 tahun  dan ia bukan satu perkara yang mudah. Beliau perlu belajar membuat keputusan tentang hidup sejak dari kecil.

Ibu saya adalah seorang yang sangat bekerja kuat, jadi kebanyakkan masa saya harus membuat keputusan sendiri, tapi dia sentiasa menyokong setiap keputusan.

Saya tidak mahu membebankan dia dengan masalah peribadi saya. Saya percaya saya akan lebih kuat apabila saya percaya kepada diri sendiri dan mempunyai keberanian untuk mengambil risiko

“Mungkin kerana latar belakang saya dibesarkan oleh ibubapa mangsa peperangan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang asal usul saya.

Juga dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di mana ibu saya harus bekerja keras dan dia bukan lah warga bumiputra membuatkan kerja-kerja beliau lebih sukar.

Saya dan adik-adik mula dibesarkan oleh single mother ketika saya berusia 17 tahun. Dan mungkin kerana itu juga, saya agak sensitif apabila melihat orang-orang yang bekerja kuat untuk survive.”

Namun apabila ditanya siapakah yang menjadi sumber inspirasi beliau, tanpa ragu Nana menjawab,

Ibu saya. Dialah wanita paling kuat dan rajin berusaha yang saya kenali. Ibu sangat sukakan apa yang beliau lakukan dan setiap kali teringatkan ibu, ia buat saya berusaha lebih gigih dan percaya dengan apa yang ingin saya capai.

Baca: Inilah Barang Peribadi Paling Berharga Yang Dibawa Sewaktu Pelarian Ini Larikan Diri

nana-safiana-2

nana-safiana-7
Orang-orang Hindu di Bali sedang mengadakan ritual Pengerebongan.
nana-safiana-8
Mendaki Gunung Bromo, Indonesia

Travel dan Fotografi

Sebagai seorang fotografer bebas, Nana pastinya perlu kerap travel. Namun menurut Nana kebanyakkan pengembaraan beliau bukanlah bersifat santai. Travel bagi Nana adalah untuk membina portfolio beliau.

Menurut gadis yang pernah travel secara solo di Jepun, Beijing, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia ini beliau bukanlah traveler sepenuh masa. Malahan beliau percaya lebih ramai pengembara di luar sana yang lebih ‘adventurous’  berbanding beliau.

Salah satu sebab saya keluar mengembara adalah untuk mencari diri, untuk alami bagaimana rasanya setiap kali keluar dari zon selesa dan selalunya saya jarang ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

“Saya lebih gemar ke lokasi ‘rat hole’/ ‘rat route’ yang sering tidak dimasukkan ke dalam itinerari traveler lain. Jadi dengan cara ini saya dapat merakam segala yang berlaku melalui perspektif saya”, ujar Nana lagi.

nana-safiana-3
A spouse who make a living by breaking down wasted machines in Saigon, Vietnam – Strangers in Frame Project by Nana Safiana.
nana-safiana-4
A portrait of a street tailor companied by her granddaughter in Saigon, Vietnam – Strangers in Frame Project by Nana Safiana.
nana-safiana-9
The Three Brothers Project – by Nana Safiana

nana-safiana-1

Projek Fotografi

Bercakap tentang projek fotografi yang sedang dijalankan, menurut Nana salah satu on going project beliau adalah ‘Strangers in Frame’.

Ia merupakan siri potret wajah yang dirakam oleh Nana sewaktu mengembara sejak beliau berusia 19 tahun.

Gambar-gambar yang telah dirakam memaparkan sudut pandang beliau tentang sisi kehidupan ringkas tetapi indah di kalangan mereka yang berjuang untuk terus hidup.

Bagaimana orang-orang ini bekerja untuk terus survive, pekerjaan-pekerjaan kecil, sederhana, susah, tetapi kebanyakan mereka kelihatan bersyukur dengan kehidupan mereka, the smallest details in life sometimes make them smile, dan kesusahan yang ditempuhi dapat dilihat dari air muka mereka tapi mereka tetap melaluinya.

Buat masa ini Nana hanya meletakkan beberapa gambar saja di website beliau bagi projek ‘Strangers in Frame’ ini. Ia sebagai pengenalan kerana projek ini masih lagi berstatus ‘on going’.

Nana juga tidak pasti bilakah projek ini akan berakhir. “Mungkin juga tak akan pernah berakhir kerana dunia sentiasa berubah, kehidupan juga semakin sukar dan mencabar”, ujar Nana.

“Di seluruh pelusuk dunia pasti ada insan yang perlu bekerja demi kelangsungan hidup dan semua ini berkait rapat dengan ‘monetary system’.

Saya akui apa yang saya rakam bukanlah memaparkan kehidupan yang merbahaya atau mereka yang melakukan kerja paling sukar di dunia.

Tapi ada perkara-perkara kecil yang kita terlepas pandang, di mana berjuta insan lain sedang melakukan perkara yang sama, mengulanginya 24 jam setiap hari demi memperjuangkan sebuah kehidupan.

Dan di ketika itu kita tidak perasan perkara-perkara kecil yang sedang berlaku di sebalik kerja keras itu – kanak-kanak yang sedang membesar, orang dewasa yang usianya bertambah dan semakin tua, mereka yang saban hari jatuh sakit di mana-mana, dan kemudiannya tiba-tiba kita sudah tiada lagi di dunia ini. Apakah yang telah hidup ini berikan kepada kita? Bagaimana ‘monetary system‘ memperhambakan kita?

Saya bertanyakan soalan ini kepada diri sendiri setiap hari. Dan saya percaya ada sesuatu yang lebih baik boleh diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik ini.

Malangnya kita hidup di dalam sistem di mana duit adalah ‘tool’ untuk survive, menyebabkan kita hidup dan bekerja untuk duit. Jadi projek ini masih lagi berjalan kerana ia menjadi sebahagian daripada perjalanan travel saya.

Satu lagi projek yang sedang saya usahakan adalah tentang kehidupan 3 adik-beradik di Bali. The Three Brothers Project memaparkan kehidupan 3 beradik yang mengalami tulang rapuh dan perlu bergantung kepada kerusi roda untuk menjalani kehidupan mereka” – Nana.

nana-safiana-6
Thank you so much Cleo Malaysia for having me as one of the Cleo Hot Shots 2015.
nana-1
Thank you so much to Foundry Photojournalism Workshop for an inspiring week. Thank you Adriana Zehbrauskas and foundry team for the scholarship. Thank you to John Stanmeyer for the great conversation during my portfolio review. Dear Maggie Steber , you are such a wonderful, beautiful instructor. Thank you for all the lessons, advices, reminders and support. You are truly a legend. Whatever good and amazing moments happened during the entire week, we all know what it was. Thanks to everyone involved during these amazing journey.

Pencapaian dan Anugerah

Siapa sangka, anak pelarian yang pernah hidup dalam serba kekurangan juga mampu untuk cemerlang dalam hidup.

Graduan Universiti Selangor (UNISEL) ini pernah terpilih sebagai pemenang Dare to Dream Challenge bagi kategori Fotojournalism yang dianjurkan oleh International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) pada tahun 2011.

Nana juga telah dipilih oleh Cleo Hot Shots 2015 sebagai salah seorang daripada ‘the 30 smart and creative Malaysian women powering to the top’.

Selain daripada itu Nana turut berjaya memenangi biasiswa bagi Foundry Photojournalism Workshop (Maggie Steber class) di Bali, Indonesia pada tahun lepas.

I don’t have a mantra. I believes as long as I stay kind, humble, and patience good opportunities will come along the way.

Success to me is just a human desire and satisfaction. It’s a credit to have it as an individual. I am a forever a learner. I’ll know I’m a success person when I’m fully content and grateful with what I have”.

nana-safiana-13
100% believe in yourself. You can take someone’s advices but never let them control your decisions. Be brave and always speak up for yourselves.

Mengakhiri perbualan, Nana sempat berpesan;

“Pengalaman travel sambil cuba memahami masyarakat di luar negara sangatlah
berharga. Ia membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada.

Bagi saya, Malaysia adalah bumi bertuah. Walaupun kita bersusah payah dengan keadaan ekonomi yang dihadapi kini, kita masih mampu untuk makan apa saja yang kita inginkan.

Masih dapat menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti harian dan kemudahan yang ada disini amatlah jauh beza dari negara-negara Asia Tenggara yang lain”.

Buat Nana, terima kasih kerana sudi berkongsi kisah anda di Vocket. Saya doakan agar segala yang diimpikan akan tercapai.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini Nana dan juga projek-projek fotografi beliau di Instagram Nana Safiana.

Baca lagi: ‘See You In Jannah’ Ucap Pelarian Syria Kepada Sukarelawan Malaysia Di Perancis