Dia dilahirkan di Foca, Bosnia dan Herzegovina pada 21 Januari 1987. Kemudiannya telah dibawa lari oleh keluarga ke Sweden ketika berusia 5 tahun. Pada waktu itu perang meletus dengan dahsyat di Bosnia dan Herzegovina di mana ramai orang Islam dibunuh oleh orang Serbia sebagai satu usaha pembersihan etnik.

Kini, Aida Hadžialić telah menjadi ahli politik parti Social Democrats dan dilantik sebagai Menteri Sekolah Menengah Atas, dan Pendidikan dan Latihan Orang Dewasa sejak 3 Oktober 2014. Dengan perlantikan tersebut, Aida Hadžialić menjadi menteri pertama beragama Islam dan menteri termuda di Sweden pada usia 27 tahun.

Aida Hadžialić menjadi sebahagian daripada barisan menteri kerajaan baru Sweden yang merancang untuk mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara. Sekiranya ini berlaku, Sweden yang menganggotai Kesatuan Eropah akan menjadi negara pertama mengiktiraf Palestine.

Gambar di bawah ini adalah ketika Aida Hadžialić dan anggota menteri kerajaan baru Sweden bertemu dengan Raja Carl Gustaf dan Puteri Mahkota Victoria semasa perjumpaan kabinet di Istana Diraja pada 3 Oktober 2014.

Sebagai menteri di Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan, Aida Hadžialić bertanggungjawab dalam perihal pendidikan sekolah menengah atas, pendidikan dan latihan orang dewasa, bantuan kewangan untuk pelajar dan polisi belia.

“Unsur utama bagi saya adalah pengetahuan-pekerjaan-pertumbuhan-kebajikan. Untuk semua.” – Aida Hadžialić

Sebelum itu, bekas graduan lulusan undang-undang Universiti Lund ini pernah menjadi timbalan datuk bandar Halmstad ketika berusia 23 tahun dan menganggotai lembaga Halmstads Fastighets AB sejak 2007.

Dia memilih untuk menyertai parti Social Democrats kerana model kebajikan yang dibuat oleh Sweden telah memberi peluang baru kepada keluarga dan dia untuk memulakan kehidupan yang lebih baik selepas lari dari peperangan.

Baca: Perdana Menteri Kanada Jadi Perhatian Kerana Kacak

Baca: 6 Sebab KJ Menteri Paling Cool Di Malaysia

Baca: Kisah Botak Chin Dari Kaca Mata Bekas Wartawan Jenayah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤