Hingga kini sudah banyak kisah inspirasi travel yang dikongsikan oleh kami di Vocket. Dan secara peribadi saya gembira berkongsi kisah-kisah begini kerana ia memberi motivasi dan mendorong pembaca kami untuk terus berusaha menjadi individu yang lebih baik, berdikari dan berjiwa besar.

Jika sebelum ini saya telah menulis kisah seorang gadis yang bermasalah pendengaran tapi akhirnya berani keluar mengembara solo dan melihat dunia luar, kali ini saya ingin kenalkan anda dengan seorang lagi anak muda yang memiliki semangat juang yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Bermasalah Pendengaran Tidak Halang Laila Berdikari Dan Travel Solo Ke Luar Negara

nia-adha-4

Mari saya kenalkan anda dengan Amin Afifi atau lebih gemar dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai Nia Adha.

Nia memulakan pengembaraan pertama ke luar negara seawal di usia 16 tahun , ketika masih bersekolah di sebuah sekolah berasrama di Johor Bahru.

Ketika itu Nia dan seorang lagi rakannya berjaya merebut peluang membeli tiket penerbangan MAS ke Melbourne, Australia pada harga promosi buy 1 free 1 daripada sebuah majalah.

Kami berdua kumpul duit untuk beli tiket kapal terbang dan pergi bersama-sama, uruskan ETA dan berbekalkan AUD160 dari simpanan, kami ke Australia selama 2 minggu. Destinasi kami adalah Melbourne. Tapi entah bagaimana kami panjangkan langkah sehingga Adelaide. Dari situ bermulanya impian saya. Saya rancang apa yang saya ingin buat bila dewasa kelak.

Namun siapa sangka perkara lain yang lebih besar pula telah berlaku dalam hidup pemuda ini selepas itu.

Jika dilihat sekali imbas gambar profile di akaun Facebook beliau, pasti tiada yang menyangka pemuda ini rupanya seorang yang pernah melalui tragedi dan ujian hebat dalam hidupnya.

Nia yang kini berusia 28 tahun dan merupakan graduan daripada USM ini pernah terlibat dalam satu kemalangan yang meragut kebebasannya untuk bergerak sebagai seorang insan normal ketika beliau berusia 20 tahun.

Saya terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang ke kampung dari USM. Dilanggar oleh sebuah kenderaan 4×4 dari arah belakang di satu selekoh. Kecederaan melibatkan patah belakang dan rusuk. Sejak itu saya lumpuh separuh badan.

Malahan Nia bukan saja lumpuh separuh badan, kemalangan tersebut turut membawa beberapa komplikasi kesihatan kepada organ dalaman beliau. Antaranya komplikasi di buah pinggang, paru-paru, pressure ulcer dan osteomyelitis.

Ini menyebabkan Nia berhibernasi selama setahun bagi menangani komplikasi dan masalah kesihatan yang dialami.

“Saya meneruskan pengajian di USM setahun selepas kemalangan. Saya mengumpul seluruh kekuatan saya, kerana saya bukan sahaja perlu belajar dari segi akademik. Saya juga harus belajar mengenali tubuh saya semula. Lagipun kini saya hanya boleh menggunakan tangan saja” – Nia.

nia-adha-13

I’ve been through a lot, that pain seems so beautiful. I wonder if anyone has ever feel the same. – At Angkor Wat, Siem Reap, Cambodia

nia-adha-15

When I was able, I wasn’t decisive. I don’t even care what degree I took, and I’ll work whatever life throws at me. Now that I can’t walk anymore, my choice has deminished.  It’s like it actually made me more decided instead. It’s like it told me, “This is all I’ve got. Laugh if you want to.”
Hey, now I have dreams! – At Tanimachi Yonchōme Station.

Keluar Dari Hibernasi Dan Mengembara

Meskipun begitu, menurut pemuda yang kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan ini, beliau kembali keluar mengembara ketika berusia 22 tahun, iaitu 2 tahun selepas kemalangan tersebut.

Nia memberanikan diri travel solo ke Filipina, Vietnam dan Thailand  dengan menggunakan ASEAN pass daripada MAS. Malahan pemergian beliau ini dilakukan tanpa pengetahuan keluarga agar ibunya tidak risau.

Itu cuma inisiatif saya untuk mengetahui sejauh mana saya mampu bertahan. Alhamdulillah saya berjaya survive. Dalam trip itu saya banyak berehat, dan kekurangan stamina untuk menolak kerusi roda. Jadi, saya cuba banyakkan exercise harian dengan lebih aktif dalam kehidupan seharian.

Ditanya apakah yang mendorong Nia untuk kembali aktif dan terus mengejar impian dan cita-cita beliau?

Jawab Nia, sudah 2 tahun beliau berehat semenjak kemalangan. Beliau juga mempunyai seorang kawan berkerusi roda yang sangat aktif. “Dia menjadi guru dan motivasi untuk saya menjadi berdikari sepertinya” – Nia.

nia-adha-5

Dan siapa sangka, impian sewaktu berusia 16 tahun dulu telah membawa Nia mengembara ke 34 buah negara sehingga kini, meskipun beliau perlu bergerak dengan kerusi roda.

Seperti anda, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah agaknya Nia keluar mengembara dalam keadaan beliau begitu? Inilah perkongsian pengalaman pemuda ini.

Setakat ini, kebanyakannya akan dimulakan dengan flight. Dan saya masih menjelajah bandar kerana kebanyakannya mempunyai akses untuk kerusi roda lebih baik dari Malaysia.

“Tapi ada juga tempat yang mencabar, seperti sewaktu saya travel di Mesir. Bila saya nampak jalan berpasir untuk ke piramid, saya terkaku. Saya gagahkan, tapi saya tetap tenggelam dalam pasir dengan tayar yang begitu nipis. Nampaknya saya perlukan tayar baru seperti mountain bike.

Pertama kali menjelajah Eropah, saya travel dengan menggunakan train. Tambangnya lebih kurang sama dengan flight, tapi train boleh dijadikan tempat tidur. Saya tak pernah book speed train sebab bayaran booking yang mahal.
Saya lebih rela ambil snail train dan jalan perlahan-lahan.

Begitu juga kali pertama di Amerika, saya mengambil train kerana ia pengganti hotel. Memberi masa untuk berehat dan melihat sepanjang perjalanan.

Road trip pertama saya merupakan di New Zealand, bersama sekumpulan stranger dari Perancis dan beberapa negara lain. Kami hanya buat arrangement di Facebook, dan tiada antara kami yang kenal sesama kami.

Apabila saya approach untuk sertai mereka, mereka menerima dengan hati yang terbuka. Mereka juga menawarkan bantuan jika saya perlukan pertolongan”, ujar Nia.

Yang menariknya, Nia hanya akan bertemu kawan dan teman kembara bagi kebanyakan trip beliau setelah tiba di destinasi yang dituju, atau bertemu ‘strangers‘ daripada internet sebagai hos.

Masa tu smartphone masih tak popular, jadi tiada couchsurfing. Saya terpaksa cari sendiri host di forum. Atau jika tiada kawan, saya teruskan secara solo.

nia-adha-3

nia-adha-1

Menurut Nia juga, sudah menjadi tabiat beliau setiap kali tiba ke destinasi di tuju, beliau akan menarik nafas yang dalam sebaik saja keluar daripada lapangan terbang. Dan ia memberi satu perasaan berbeza buat dirinya.

Udaranya pun sudah lain. Itu saja dah cukup untuk merangsang saya.
Saya rasa saya semakin dekat dengan apa yang saya target.
Saya rasa saya boleh pergi lebih jauh.
Saya boleh tolak wheelchair saya lebih jauh.
Saya tak perlukan teksi kerana saya boleh bergerak dengan pantas di atas wheelchair.

Keluar mengembara dengan berkerusi roda pastinya memberi pengalamaan berbeza buat Nia berbanding mereka yang normal. Dan berikut adalah perkongsian Nia.

Berkerusi Roda Dalam Jarak Jauh

Pada sangkaan saya berkerusi roda dalam jarak jauh itu mungkin sejauh 5 ke 10km saja, tapi rupanya saya silap. Nia pernah menolak kerusi roda lebih daripada 20km dari London ke Heathrow.

“Saya juga pernah menolak wheelchair dari Narita ke Tokyo sejauh 50km. Tapi jarak paling jauh saya tolak wheelchair sebenarnya lebih 400km dari Marseille ke Lyon.

Sebenarnya saya bercadang menolak sehingga ke Paris tapi rupanya saya kesuntukan masa, jadi saya terpaksa tukar rancangan dan teruskan perjalanan dengan menaiki bas”.

Lantas terdetik di hati, bagaimana pemuda ini boleh melangkah sebegitu jauh, malah tidak keterlaluan jika dikatakan lebih jauh daripada kebanyakan mereka yang sempurna. Dan inilah jawapan Nia…

Bila kita takde pilihan, satu-satunya sandaran terakhir kita ialah kudrat kita.

“Saya pakai kerusi roda, jadi saya rasa saya jalan lebih laju daripada jalan kaki. Ada jugak masa yang orang nak tumpangkan saya. Tapi wheelchair ni selalunya jadi kesusahan untuk saya tumpang orang.

Jadi, saya  lebih rela tolak sendiri je dari tumpang orang. Saya pun risaukan barang saya jugak. Saya sebenarnya paling risau wheelchair saya. Rosak wheelchair, saya pun tersangkut sama.

Tapi sebenarnya tolak wheelchair sama je dengan jalan kaki. Semua orang boleh buat. Cuma tolak wheelchair makan masa bila naik bukit. Saya boleh tolak dalam 40-60km dalam 6 jam. Tak terkira berapa banyak saya berhenti” – Nia.

nia-adha-8

Ibu saya cakap kalau penat, rehat. Bukan quit – Williamsburg Bridge, Brooklyn.

Nia juga turut berkongsi pengalaman cemas dan lucu yang telah beliau lalui sepanjang mengembara berkerusi roda ini. Pastinya ia sesuatu yang unik dan lain daripada lain disebabkan oleh situasi beliau.

Pengalaman Cemas

“Peristiwa pertama saya rasa cemas ialah dirompak di Disneyworld. Orang yang merompak ialah seorang orang putih berpisau. Dia minta dompet, tapi saya cakap ambil duitnya, tapi pulangkan dompet saya.

Alhamdulillah dia pulangkan dompet. Tapi saya terpaksa menanggung seharian tanpa duit. Duit untuk bayar teksi ke airport esok juga tak ada. Pagi esoknya saya menolak wheelchair ke airport Los Angeles dalam 13km” – Nia.

Pengalaman Lucu

“Nak kata lucu, nak marah pun ada. Sampai di Mesir saya ambil teksi untuk ke hostel. Saya berikan printout bertulis alamat hostel itu. Selepas rasa macam lama sangat tapi tak sampai lagi saya tanya dia lama lagi ke? Dia diam.

Tiba-tiba dia marah saya dan cakap dia tak paham apa yang saya tulis dalam kertas tu. Kertas tu printout tulis alamat dengan tulisan rumi. Itu tulisan komputer.

Dah la sesat, kena marah dengan driver teksi. Lepas tu kena tinggal tepi jalan. Nasib baik dia tolong jugak keluarkan wheelchair. Dan, nasib baik free, tak kena bayar tambang.

Masa tu saya ada foursquare, so saya detect saya kat mana berada dan teruskan perjalanan. Malam pertama saya terpaksa tidur tepi jalan je. Esoknya sambung jalan.

Sampai hostel, handphone saya kena curi dengan cleaner. Cleaner cakap dia ingat saya tak nak dah handphone tu. Bertekak dengan cleaner sampai akhirnya panggil polis. Polis salahkan saya. Saya kena halau daripada hostel. Akhirnya saya duduk hostel tu tak sampai sehari.

Kelakar sebab walaupun dia orang salah, dia orang tetap tak nak mengaku salah. Baik driver teksi, atau cleaner tu, atau polis tu. Akhirnya 2 malam saya tidur tepi jalan” – Nia.

nia-adha-16

Beberapa minit sebelum kena tahan dengan polis highway. Apparently, kau takleh tolak wheelchair kat tepi highway – at KIX – Kansai International Airport, Osaka, Japan.

nia-adha-12

Sebenarnya bila travel, pegi tempat tu kali kedua yang paling best. Datang bersama point of view baru, ke tempat yang sama, dengan pandangan yang berbeza – In Osaka, Japan.

nia-adha-7

You can’t dream without faith. You can’t have faith without trust.
You can’t have trust without your will. You can’t dream if you don’t have the will.

Pembedahan Berisiko

Untuk pengetahuan, Nia baru saja menjalani pembedahan berisiko pada bulan Mac tahun ini. Ia adalah pembedahan membuang kaki beliau disebabkan oleh chronic osteomyelitis yang dihidapi di bahagian peha kanan.

“Saya mempunyai chronic osteomyelitis di peha kanan sejak kaki saya patah 2 tahun lepas, menyebabkan kesukaran bergerak. Untuk pengguna kerusi roda yang pergerakannya tersekat ia merupakan satu masalah besar.

Oleh kerana kesukaran ini, saya minta doktor untuk memotong kaki saya untuk memudahkan saya. Berat hati ini, tapi saya lebih teruja dengan apa yang saya boleh buat selepas saya tanggalkan kaki itu. Itu apa yang saya minta. Itu yang doktor berikan. Saya amat bersyukur. Saya juga perlukan mulakan rehabilitasi – Nia”.

nia-adha-14
Aku dah ada kubur sendiri kat Kg Tok Kenali!

Hobi Lain

Selain daripada mengembara, Nia juga rupanya boleh melukis kartun. Menurut Nia, beliau minat melukis sejak kecil lagi. Namun semakin bertambah usia semakin kurang masa diperuntukkan untuk melukis.

“Tapi minat masih ada. Saya rasa melukis adalah cara saya express yang saya teruja. Masa sekolah saya banyak hantarkan lukisan dan komik ke majalah untuk dinilai. Sangat nerd pada komik. Dan masih nerd dengan komik – Nia.

nia-adha-19
Morning drawing. Still unfinished.

Faktor Yang Mendorong Nia Terus Mengembara

Saya percaya Nia seorang yang cekal dan tabah. Meski berkerusi roda Nia tetap mahu travel melihat dunia. Menurut Nia mengembara buat beliau berasa aman di dunia asing, tiada perasaan prejudis dengan dirinya.

nia-adha-6

nia-adha-10

Saya enjoy di tempat yang saya tiada masalah mobiliti. Di Malaysia, saya tiada semua kemudahan itu. Saya harus berkereta di Malaysia. Teksi pun tak mahu berhenti bila saya menahan. Saya tak rasa prejudis tu sebagai foreigner di negara orang – At Harvard University.

Malahan pemuda ini sebenarnya sedang mempersiapkan diri untuk grand plan 2017 beliau. Bila ditanya apakah grand plan tersebut, Nia menjawab; “Saya takut nak sebut sebab masih sedang mengumpul kekuatan fizikal. Saya akan mulakan dengan merentasi The Great Divide, USA pada tahun depan”.

Hikmah Di Sebalik Ujian

Sebelum mengakhiri artikel ini saya ingin kongsikan luahan Nia dengan harapan ia turut memberi suntikan semangat buat anda di luar sana.

“Sejak saya lumpuh, saya rasa hidup saya berakhir di atas katil. Tak pernah saya fikir saya akan pegi sejauh ini. Tak pernah terlintas yang semua impian tu sedang menunggu. Ramai orang kata ada hikmahnya, tapi hikmahnya kita yang tahu.

Saya rasa Allah tarik nikmat Dia untuk kita boleh lebih fokus kepada benda yang lebih kecil. Skop ability mengecil, jadi kita lebih fokus kepada apa yang KITA BOLEH BUAT daripada apa yang kita tak boleh. Bukankah itu sepatutnya lebih mudah?

Saya ada impian. Mungkin saya salah orang yang orang panggil Nature Game.
Orang yang sanggup mati demi impian. Teori Darwin kata orang macam saya nature bunuh sebab hanya orang-orang yang play safe je akan tinggal dalam muka bumi ni.

Tapi, what’s the worst thing that could happen? Mati? Kita dah la tak boleh pilih cara hidup. At least kita boleh pilih nak mati yang macam mana” – Nia.

nia-adha-17

nia-adha-11

Ujian ni kadang-kadang pelik sikit. Makin kuat kita, makin senang pulak ujian datang. Tapi takpe. Kalau mati pun, at least happy. Daripada dah la mati, tak happy pulak tu. Lagi sedih tak ada orang ingat – In Cambridge, United Kingdom.

Itulah Nia, pemuda yang kekal positif meski badai dugaan pernah menghentam dan merubah seluruh hidupnya. Saya percaya masih banyak lagi kisah menarik yang boleh dikongsikan oleh pemuda ini.

Buat Nia, saya dan seluruh warga Vocket mendoakan agar semua impian Nia tercapai. Anda kini bukan hanya memberi inspirasi kepada mereka yang senasib, tapi juga insan normal seperti kami.

Biar hilang kaki, jangan hilang mimpi. Terus berjuang Nia!

Baca lagi: Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari