Pada tahun lepas saya ada berkongsi kisah pengembaraan Bijan M Baki, seorang gadis Melayu yang telah berhenti kerja dan travel keliling dunia.

Baca perkongsian Bijan: Travel Hampir Setahun, 2 Gadis Berkongsi Kisah Suka Duka Pengembaraan Mereka

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang lagi traveller Malaysia yang juga telah berhenti kerja dan travel. Dan paling menarik gadis ini sebenarnya adalah partner in crime Bijan.

Mari berkenalan dengan Kim Eng, gadis berbangsa Cina yang turut mengembara bersama Bijan ke serata dunia. Ikuti temubual saya bersama beliau di bawah.

kim-eng-20

kim-eng-30

Vocket: Hi Kim Eng. Boleh berikan sedikit info latar belakang Kim seperti nama, umur, status perkahwinan, pendidikan dan kerjaya.

Kim Eng: Nama aku Kim Eng. Mendapat pendidikan di Politeknik Port Dickson and Universiti Putra Malaysia. Sebelum menjadi long term traveller, aku pernah bekerja di syarikat Jepun and juga Perancis.

Vocket: Sejak bila Kim kenal dan berkawan dengan Bijan ni?

Kim Eng: Sejak sekolah menengah dah kenal dia.

Vocket: Macam mana boleh terpengaruh untuk ikut Bijan travel keliling dunia? Adakah memang dah lama ada cita-cita ni atau ada sebab lain?

Kim Eng: Kitorang memang banyak travel sesama sebelum ni. Cita-cita ini tercetus sejak dari kitorang mula gila mengembara masa AirAsia perkenalkan domestic flight sampailah long haul, sampailah AirAsia X.

Kalau kitorang berjaya beli tiket ke destinasi yang berjam-jam (contoh 12 jam), haruslah berjalan tengok negara orang tu paling kurang 2 minggu. Kalau tidak, rugi dan buat penat badan je kan sebab flight pergi balik je dah ambik masa 2 hari.

Tambahan pulak masa kitorang travel masa tu, pasti akan berjumpa ramai long term traveller terutama di Asia, jadi asyik terfikir nak buat macam diorang.

Akhirnya…beginilah, kitorang decide meh buat sama-sama one fine day, sebab nak buat sorang diri, takut.

Baca Rahsia Bagaimana Bijan Menabung Sebelum Berhenti Kerja Dan Travel

Vocket: Bagaimana pula penerimaan keluarga dengan keputusan Kim ni? Adakah mereka setuju atau sebaliknya?

Kim Eng: Aku share dengan keluarga 2 tahun sebelum berangkat tapi 6 bulan sebelum bertolak barulah boleh diterima oleh mereka.

Masih teringat lagi wajah tergamam mak aku di hari bersejarah itu. I’m sorry Ma. Tapi Alhamdulilah dah ok dah semua sekarang. Zaman teknologi kan. Boleh Facetime bila-bila ada wifi.

Yang penting kalau aku akan bergerak ke tempat yang lebih remote, aku ‘pre-m’ dia lebih awal yang aku takkan contact dia untuk satu jangka masa.

Vocket: Apa perasaan Kim bila ambil keputusan berhenti kerja kerana nak travel dengan Bijan?

Kim Eng: Mixed feeling. Excited sebab selama ni kalau travel seminggu dua, bila jumpa dengan orang putih yang long term traveller di mana-mana, envy sangat.

Cuak sebab semua itu tempat baru. Gembira sebab akhirnya dapat  merealisasikan impian dan sedih sebab akan terpisah dengan keluarga dan kawan-kawan.

Vocket: Ada buat persediaan dari segi kewangan sebelum berhenti kerja dan jadi traveller sepenuh masa?

Kim Eng: Semestinya ada. Bila tabung ayam hampir penuh, terus usha tiket.

Vocket: Dalam banyak-banyak negara yang dikunjungi setakat ni, negara atau lokasi mana yang paling banyak surprise bagi Kim?

Kim Eng: Sudan. Sudanese sangat baik orangnya dan sangat menghormati orang lain. Tapi tahap kebersihan mereka sangat memeranjatkan.

Pada aku, Mesir agak kotor tapi rupanya Sudan lagi kotor. Sampah di sana-sini dan mereka boleh menjalani kehidupan seharian tanpa rasa apa-apa walaupun timbunan sampah di hadapan mereka.

Baca: Kisah Bijan Dan Kim Eng Tersekat Di Sudan

Vocket: Bagaimana pula dengan kenangan paling manis sepanjang travel? Part mana yang paling best dan diingati.

Kim Eng: Berjumpa dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Nepal untuk program Qurban Nepal 2014 yang dianjurkan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM). Itu ialah kali pertama berjumpa dengan orang Malaysia setelah 2 bulan meninggalkan Malaysia.

Lebih menarik lagi, Presiden IAM Encik Zawahir Abdullah membenarkan aku dan Bijan mengikuti acara Qurban di sebuah perkampungan yang terletak di Beningrat.

Walaupun baru kenal dalam beberapa jam dan mempunyai perbezaan umur yang ketara serta latar belakang yang pelbagai, keeratan amat dirasai bersama semua peserta Qurban.

Sehingga kini, kami masih saling hubung-menghubungi antara satu sama lain melalui whatsApp group, FB.

kim-eng-21

kim-eng-23

kim-eng-28

kim-eng-29

kim-eng-32

Vocket: Kenangan kelakar ada? Jika ye boleh kongsikan?

Kim Eng: Ini berlaku semasa di Gobi Desert, Mongolia. Hari ke-2 aku duduk seorang diri di tepi yurt/gers menangis sambil bermonolog

“kalau RTW ni susah camni, tak ada tandas, tak ada tempat nak mandi, mungkin aku patut called off je”.

Kemudian, lepas 5 hari tak mandi, bila sampai je kat Orkhon River, kitorang terus campak backpack dan terjun masuk sungai. Dah tak pikir apa dah.

Rene & Mark rakan travel kitorang masa tu pun ikut terjun. Memang kitorang berempat je yang macam orang gila mandi manda siap bersabun dan syampu masa tu dan orang Mongolia yang ada kat tepi sungai semua pelik.

Bila dikenang semula, itu ialah pengalaman yang paling berharga buat diri aku kerana ada negara yang lagi parah dari Mongolia. At least Mongolia cantik giler!!

Biarlah kita ‘melabur’ dengan disajikan pemandangan yang sungguh cantik, dari kita melihat ‘pelaburan’ orang di merata-rata. Aku dan Bijan ada pepatah kitorang selalu cakap, “biar terpijak najis binatang, jangan terpijak najis orang”.

Baca: Bagaimana Travel Banyak Mengubah Persepsi Kim Eng

Vocket: Kata orang, nak tahu perangai sebenar seseorang travel lah bersama. Bagaimana pengalaman Kim sendiri tentang ini? Ada berlaku salah faham dan masam muka masa korang travel bersama?

Kim Eng: Mahu tidak? Kena pulak travel dengan Bijan gila yang tak pernah serius tu. Small fight itu memang perkara biasa bagi kami berdua terutama bila berbeza pendapat.

Dua-dua nak menang, masing-masing tak nak mengaku kalah. Tapi sebab masing-masing tahu we have no one else but each other to rely on, selalunya kitorang patch up selepas masing-masing step back sekejap and put across apa yang ada di dalam hati untuk elak salah faham.

Apa yang kitorang praktikan ialah saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan bersikap professional dalam menangani situasi.

Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran? Apakah yang paling sukar yang pernah dilalui di sepanjang bergelar seorang traveller sepenuh masa?

Kim Eng: Dari segi cabaran, tidak dinafikan sebagai kaum hawa kadang-kadang warga tempatan akan cuba mengambil kesempatan dan kita kena pandai untuk Say No tanpa buat mereke kecil hati.

Body language memainkan peranan yang penting. Selain itu semasa border crossing kerana kitorang banyak buat overland dari negara ke negara. Jadi immigration kadang-kadang jarang jumpa Malaysian.

Masa di Turki nak cross ke Greece, kena tahan lama di immigration. Kitorang je orang asing dalam bas tu. Yang lain semua orang Turki tak pun Greece.

Kalau di Afrika lagi pulak kerana banyak negara-negara di Africa tidak pernah dengar nama negara kita dan tidak percaya yang kita ada free visa.

Contohnya semasa border crossing dari Tanzania ke Malawi, kitorang kena nunggu hampir sejam untuk pihak imigresen tempatan mencari dan mengesahkan informasi mengenai no visa required.

Paling sukar bagi aku ialah bila kita tidak boleh menghubungi kaum keluarga, tak ada wifi dan telefon pulak tak ada coverage, sebab aku rapat dengan ahli keluarga dan sentiasa berhubung dengan mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Aku ada share cerita ni dalam FB Page Mencari Utopia- Bijan dan Kim.

Vocket: Boleh kongsikan juga apakah perkara-perkara atau aktiviti yang selama ni korang tak pernah buat, tapi berjaya buat sepanjang travel kali ni.

Kim Eng: Memang ada. Inilah aktiviti yang kitorang dah berjaya buat sepanjang travel ni.

  • Menunggang kuda seharian macam cerita koboi semasa di Mongolia dan juga di Langmusi (China)
  • Menunggang unta di Mongolia
  • Sampai ke Everest Base Camp, Mt. Quomolangma (Tibet)
  • Mendaki hingga ke Annapurna Base Camp (Nepal)
  • Naik belon panas semasa di Cappadocia (Turki)
  • Main sled semasa di Sierra Nevada (Spanyo)
  • Sand boarding di Siwa (Mesir)
  • Glamping di Namibia
  • Bungee jumping di South Africa
  • Campervan ketika di Ireland.

Ini adalah antara pengalaman- pengalaman baru yang takkan dilupakan.

kim-eng-31

kim-eng-25

kim-eng-26

kim-eng-27

Vocket: Apakah perkara positif yang diperolehi sepanjang jadi traveller sepenuh masa?

Kim Eng: I realise that pleasing everybody else is not the way to be happy. Live Your Life the way you want it to be. Stop worrying about what others think how you should leave your life coz it doesn’t matter.

What matters is what you think made you happy. There is a whole new world to explore out there. And we don’t need much really, just shelter, clothes and food. Everything else can be worked around it.

Vocket: Bagaimana pula dari segi orang-orang yang ditemui di jalanan. Siapakah yang paling Kim ingati dan kenapa?

Kim Eng: Susahnya nak jawab soalan ini. Semua orang yang aku jumpa sepanjang 17 bulan di 23 negara ni, masing-masing aku rasakan keluarga.

Ikatan ukhuwah yang terjalin hingga hari ini membuatkan aku rasa nak sangat pulang ke tempat mereka. Bersyukur diberi peluang mengenali mereka.

Vocket: Sepanjang travel, ada tak buat kerja part time di mana-mana lokasi?

Kim Eng: Tak ada buat masa ni. Mungkin suatu hari nanti.

Vocket: Apa plan atau rancangan korang seterusnya lepas ni? Jika boleh share sikit.

Kim Eng: Kitorang sedang dalam proses mendokumenkan pengalaman Overland Cairo To Cape Town yang ambil masa 5 bulan. Jadi memang dalam perancangan nak terbitkan buku. Kalau tak ada aral melintang, mungkin pertengahan tahun boleh siap.

Lagi satu kitorang nak repeat beberapa negara, tapi kali ini nak ajak kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Contohnya pergi Serengeti masa migration atau mungkin berkhemah sambil layan sunrise dan sunset dan main sand boarding di Namibia.

Beri peluang orang Malaysia untuk experience African Safari dan melihat sendiri kecantikan Afrika. Tengoklah nanti macam mana. Kalau dah firm nanti, kitorang share kat Page Mencari Utopia- Bijan & Kim.

Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang ingin travel seperti yang telah korang berdua lakukan ini?

Kim Eng: Percaya pada diri sendiri yang korang boleh buat. Sebab sebenarnya tak susah dan tak jugak macam ‘wowww’.

Instead of kita pergi travel setiap tahun ke tempat-tempat yang berlainan selama beberapa hari atau beberapa minggu, kita simpan niat itu dan duit yang diperuntukkan itu kita masukkan dalam tabung ayam agar cepat penuh. Jadi kita compress semua tu dan buat dalam setahun dua.

Sama je, cuma kalau orang lain dah sampai, kita cuma lambat sikit. Bila tabung ayam dah agak penuh, beli tiket kapal terbang dan off you go.

Vocket: Apa info tambahan lain yang ingin dikongsikan?

Kim Eng: Jangan menjadikan bahasa asing antara penghalang untuk kita mengembara. Bukan semua negara guna Bahasa Inggeris. Orang kulit putih tak semestinya cakap berabuk-abuk.

Orang dari Paris, Germany pun kita panggil orang putih kan. Depa pun ada yang tak reti. Eventually, body language, jari jemari juga yang digunakan.

Vocket: Baiklah Kim, terima kasih atas perkongsian kali ini. Saya dan team Vocket mengucapkan selamat mengembara buat korang berdua.

Bagi anda yang ingin terus mengikuti perkongsian pengalaman travel 2 gadis ini, boleh ke FB Page Mencari Utopia – Bijan Dan Kim Eng.

Baca lagi Perkongsian Pengalamana Bijan Dan Kim Eng Sertai Kumpulan Sukarelawan Membantu Pelarian Syria

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram