Tahniah buat kelab Leicester City yang telah memenangi English Premier League untuk tahun ini! Ini merupakan trofi EPL pertama bagi Leicester sejak 132 tahun tertubuhnya kelab itu. Kelab underdog ini menunjukkan kepada dunia bahawa sesebuah pasukan itu tidak memerlukan pemain berkelas dunia untuk merangkul sesuatu kejuaraan. Jadi mari kita kenal dengan lebih dekat dengan juara baru kita ini.

Kelab Leicester City telah dibeli oleh seorang billionaire dari Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha pada tahun 2010 dengan harga 39 juta pound. Setelah kelab itu naik ke liga premier pada 2014, Vichai dikatakan sanggup membelanjakan sehingga 180 juta pound untuk memastikan kelab itu bermain di Eropah dalam masa tiga tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Kelab Leicester City 2015-2016
Kelab Leicester City 2015-2016

Nigel Pearson, pengurus sebelum Claudio Ranieri dipecat kerana masalah salah faham dengan Vichai. Claudio Ranieri dipilih sebagai pengganti berdasarkan pencapaian dan sejarah beliau dengan kelab-kelab besar Eropah sebelum ini. Pengerusinya juga turut mengakui bahawa pihaknya tahu kelab yang dimilikinya adalah kecil dan mempunyai kekurangan dari pelbagai aspek dan itu bukan halangan untuk Claudio membentuk pasukan Leicester.

lei 4

Di sinilah bermulanya revival Leicester. Tahukah anda kelab underdog terakhir yang memenangi liga English Premier adalah Blackburn Rovers pada tahun 1995? Selepas itu kelab-kelab gergasi England yang memenangi EPL antaranya Arsenal, Manchester United, Chelsea dan Manchester City. Bekas pemain yang bermain untuk squad Blackburn Rovers ketika itu, Alan Shearer berkata, “Untuk sebuah kelab seperti Leicester menghadapi kelab gergasi England dengan kemampuan dan dana yang mereka miliki dan kemudiannya mengalahkan setiap kelab gergasi itu, ianya satu perkara yang sangat hebat dalam bola sepak.”

Kemungkinan Leicester untuk memenangi kejuaraan EPL adalah pada 5000/1, di mana odd ini adalah sangat kecil. Ianya sangat kecil sehingga kemungkinan untuk menjumpai makhluk Nessie di tasik Loch Ness (500/1) dan menemui Elvis Pressley masih hidup (2000/1) adalah lebih tinggi. Hebat kan? Mana tidaknya, jika anda lihat nilai keseluruhan skuad Leicester, anda pun akan rasa kelab ini tidak mungkin untuk menjuarai EPL. Di bawah adalah perbandingan nilai pasukan Leicester dan Manchester City.

leicester perbandingan

3 pemain Leicester, Jamie Vardy, Riyad Mahrez dan N’Golo Kante menjadi ayam tambatan untuk kelab itu musim ini. Riyad Mahrez telah dipilih sebagai
PFA Player of the Year 2015-16 dan Jamie Vardy pula memenangi Football Writer’s Association Player Of The Year. N’Golo Kante pula walaupun tidak memenangi apa-apa gelaran untuk musim ini, beliau tetap menjadi pencabar hebat untuk gelaran yang dimenangi oleh Vardy dan Mahrez. Kante kini akan mewakili Perancis untuk kejuaraan EURO nanti.

Mahrez dengan trofi PFA Player Of The Season
Mahrez dengan trofi PFA Player Of The Year

lei 1

lei 2

Tetapi pemain-pemain lain di Leicester turut sama memainkan peranan mereka dalam pasukan. Penjaga gawang Leicester adalah anak kepada lagenda penjaga gawang Manchester United, Peter Schmeichel beraksi hebat setiap kali permainan(15 clean sheets setakat ini). Kapten Leicester, Wes Morgan turut cemerlang dengan menjaringkan gol penting ketika perlawangan di Old Trafford hujung minggu lalu. Fuchs, Huth dan Simpson yang sentiasa kebal di bahagian belakang serta Albrighton, Okazaki, Drinkwater, Ulloa serta Schlupp yang sentiasa berjuang bersama Vardy dan Mahrez untuk menghasilkan gol untuk Leicester.

BACK

Kemenangan Leicester ini menjadikan Leicester kelab yang ke-24 yang pernah memenangi EPL. Ranieri berpendapat bahawa semangat pasukan itu yang membawa Leicester menjulang kejuaraan. “Setiap pemain sangat hebat musim ini. Fokus mereka, semangat mereka dan ketekunan mereka menjadikan ini semua bukan lagi fairytale. Mereka berjuang sesama sendiri untuk kejayaan kelab dan saya semangat ini yang saya mahu lihat pada pemain saya. Mereka memang layak untuk menjadi juara,” Kata Ranieri.

Musim depan, Leicester City akan memulakan lembaran baru apabila mereka akan bermain dengan kelab-kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Real Madrid, Barcelona dan FC Bayern dalam saingan UEFA Champions League. Dengan dana 150 juta pound yang bakal mereka perolehi setelah kemenangan EPL, peluang untuk mereka menarik pemain berkelas dunia untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka adalah lebih tinggi.

Bagaimana jika kelab-kelab besar Eropah mahu mendapatkan khidmat Vardy, Kante atau Mahrez untuk musim depan? Jika mereka serius, mereka perlu berbelanja tinggi kerana dikatakan value untuk tiga pemain ini sudah meningkat secara mendadak dengan Jamie Vardy kini bernilai 25 juta pound, Kante 20 juta pound dan Riyad Mahrez paling mahal pada 35 juta pound. Sangat win kerana Mahrez dibeli Leicester dahulu hanya pada harga 400 ribu pound. Pemain-pemain lain Leicester yang lain turut sama naik value mereka.

Begitulah cerita sebuah kelab underdog Leicester City. Leicester telah menunjukkan kepada dunia bahawa money can’t buy everything. Usaha dan kerjasama yang akan membawa anda mencapai impian. All the best for next season and go go go The Foxes!

leiccessss

P/S : Rock band dari Leicester, Kasabian akan membuat konsert di Leicester khas untuk fans Leicester City di King Power Stadium 28 Mei ini. Memang mereka On Fire!

kasabiaaannn

Baca link ini untuk cerita Leicester City : Kelab Kecil Berjiwa Besar, Sebuah Kisah Inspirasi Arena Bola Sepak Inggeris