Nota Editor: Catatan belasungkawa untuk Loqman Karim ini telah diterbitkan di Facebook Page TFTN. Untuk pengetahuan Loqman Karim merupakan salah seorang pendaki Gunung Kinabalu yang telah meninggal sewaktu gempa bumi melanda di sana. Kami doakan semoga segala kebaikan yang arwah lakukan sewaktu hidupnya membawa manfaat untuk semua yang terlibat, seterusnya memberi ganjaran pahala tanpa henti buat beliau di akhirat.

Jika dilihat dari sudut positif, gempa bumi di Gunung Kinabalu menyingkap berbagai hikmah tersembunyi – malim gunung yang berani dan sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan juga insan-insan baik yang selama ini tidak kita kenali. Mereka semua adalah ‘unsung hero’.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

loqman-karim-2

Belasungkawa Loqman Karim (1993-2015)

Loqman Karim merupakan Project Manager bagi Expansion Project TFTN di SK Bangsar sejak 2013 di mana beliau menguruskan kelas bimbingan bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR tetapi menghadapi masalah pembelajaran. Anak-anak murid ini kebanyakan terdiri dari anak-anak setinggan, PPR dan flat di sekitar Kerinci, Bangsar dan Pantai Dalam.

loqman-karim-8

Dengan persetujuan sekolah, Loqman berjaya mengumpulkan anak-anak murid, mencari sukarelawan dan menguruskan kelas selepas waktu sekolah selama sejam sebanyak tiga kali seminggu.

Loqman masih lagi menuntut di IPG Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur dalam tahun keempat. Meski pun masih bergelar mahasiswa, dia menyedari masa mudanya itu perlu diperuntukkan dengan perkara yang bermanfaat bukan sahaja kepasa dirinya tetapi juga kepada mahasiswa sepengajian, masyarakat sekitar dan mereka yang memerlukan.

loqman-karim-5

Dia tahu agaknya hidupnya ini singkat, lalu dia sering menyertai aktiviti luar kampus yang banyak menyedarkannya tentang kehidupan. Dia mengajar anak-anak yang memerlukan, menyantuni para gelandangan, mengajar tuisyen, mengendalikan program bagi mahasiswa ditempat pengajiannya, menghadiri dialog dan wacana dicelah-celah kesibukannya. Setiap kali cuti, beliau akan keluar mengembara dan mutakhir ini kian bersemangat mendaki gunung sehingga kemuncaknya ialah di Gunung Kinabalu

loqman-karim-1

Ramai mengenali Loqman sebagai yang sangat berdedikasi terhadap setiap tugasan yang diberikan. Dia tidak pernah menolak atau berkata tidak. Menjadi mahasiswa bukanlah penghalang dia melibatkan diri dengan masyarakat kerana dia tahu dia harus kembali kepada masyarakat.

Amat sukar sekali menulis sesuatu tentang Loqman. Dia terlalu baik untuk kami dan kehilangannya amat kami rasakan. Loqman tidak pernah hilang dari kami. Dia akan kekal dalam hati kami, dalam ingatan kami sebagai seorang anak muda yang berjiwa besar, sukarelawan yang tak pernah lelah dan berhati murni dalam mendidik anak-anak bangsa.

loqman-karim-6

Loqman akan terus hidup dalam jiwa kami, sukarelawan TFTN. Semoga kebaikannya di dunia menempatkan dia dalam kalangan insan terpilih. Allah jua sebaik-baik perancang.

Al-Fatihah

Board of Directors TFTN
7 Jun 2015, 6.00am

Berikut pula adalah catatan Loqman Karim di Instagram beliau yang mewakili TFTN. Ianya berkisar tentang teater bertajuk ‘Kota Kelip-Kelip‘ yang bakal di pentaskan pada 13 dan 14 Jun 2015 oleh TFTN bagi tujuan kutipan amal sambil menderma.

BACA: Teater Kota Kelip-Kelip oleh Fazleena Hishamuddin.

loqman-karim-7

Tahun ini saya tak dapat turut sama, ada di luar radar Malaysia – Loqman Karim.

Siapa sangka rupanya arwah bakal meninggalkan rakan-rakan dan orang tersayang untuk selamanya.

Bukan itu saja, rupanya insan ini sering kali berfikir tentang kematian sebagai mana catatan berikut:

Nota Loqman Karim mengenai “kematian”.

Nota kematian

Mati. Aku tahu benda ini bukan perkara mudah. Bukan mudahnya seperti kau suap makanan ke dalam mulut.

Mati. Satu perkataan yang kita semua takuti. Sepanjang 18 tahun aku hidup, belum pernah aku jumpa manusia yang tak takut mati. Lupakan orang Jepun dan Barat gila yang buat perkara-perkara bodoh kononnya tak takut mati. Itu semua penipuan belaka. Kerana manusia yang macam itu hanya hebat di mulutnya sahaja,bukan di hatinya. Manusia,lumrahnya adalah takut pada mati.

Aku tahu ini sedikit gila.

Bila aku rasa sunyi, aku rasa dunia ini tak punya apa-apa, aku rasa sangat loser. Senang cerita, bila aku rasa sangat lost. Sampai satu tahap aku akan baring dan termenung. Dan aku akan fikir tentang mati.

Biasanya, bila mood mati itu datang, aku akan tulis surat macam surat wasiat (tetapi tidak ada harta untuk ditinggalkan). Aku akan tulis surat (sebelum tidur) dalam note pad (orang Melaka panggil kertas kajang), dalam buku nota, dan dalam dalam handphone aku. Boleh check sekarang phone aku berapa banyak surat aku dah buat.

loqman-karim-11

Tak tak, aku tak rasa ini kerja gila.

Kadang-kadang, aku rasa bila tulis surat wasiat, aku akan rasa dekat sangat dengan mati. Macam beberapa saat dengan kematiaan. Kebiasaanya, aku akan tulis apa sahaja memori lama dengan ibu ayah aku terutamanya dari kecil hingga besar. Yang bila mana bila aku tulis tentang mereka mata aku akan berair serta-merta.

Aku tahu ibu ayah adalah manusia paling penting dalam hidup aku. Mereka berdua umpama hati dan jantung aku. Aku sangat mudah tersentuh kalau bercakap tentang ibu ayah yang paling aku sayang (dah mula rasa sebak). Kalau sesiapa perasan twitter aku kebiasaanya akan tweet tentang ibu ayah. Dan tak lupa, tulis tentang adik-adik aku yang jadi teman hidup dari kecil.  Kawan-kawan yang jadi penyeri aku di tempat pengajian.

Memori, itu sahaja yang dapat ditinggalkan.

Bila aku rasa dekat dengan mati, sangat dekat, masa itu aku rasa aku dekat dengan Allah. Kalau nak rasa betapa dekatnya mati, tulis surat wasiat.

Loqman Karim – 4 Julai 2012

Kami kongsikan di sini penerangan tentang projek teater Kotak Kelip-Kelip yang bakal dipentaskan oleh TFTN sebagaimana yang telah arwah kongsikan di Instagram beliau.

Untuk menderma sambil menonton teater amal ini, tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi Facebook Page TFTN atau SMS / Whatsapp Humaira : 0165764453.

Sesungguhnya amal yang baik, sedekah yang ikhlas, dan doa yang tidak putus adalah sebaik-baik bekalan buat kita mengadap sebuah kematian.

BACA: Siapa Sangka Wira Tak Didendang Ini Rupanya Seorang OKU Yang Banyak Membantu Mangsa Banjir

BACA juga: Lelaki Ini Telah Buktikan Kecacatan Bukannya Satu Penghalang Untuk Berjaya. Latar Belakang Raja Shamri

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka