As soon as I got back from backpacking for 2 months from Malaysia to Mongolia, I felt that emptiness deep inside my heart. I really need someone. Someone that I can be with until the end my life.

It was different before this. I planned to get married at the age of 28-30. But yeah Lord knows.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca kisah travel aku selama 2 bulan: Perasaan Ingin Tahu Dorong Pemuda Ini Berhenti Kerja Dan Travel Solo Ke Mongolia

On the first day after I came back to Ipoh meeting my parents, the first thing I said to them,“Umi carikan Adib seorang.”

Macam biasa, umi dan ayah terkejut. Tak pernah pun selama ini aku suruh umi ayah carikan. Tetapi lepas balik dari travel tu things changed. A lot.

Sebenarnya my parents have been waiting for a long time to find my lifelong partner, tapi I don’t really want them.

Bagi aku pilihan dari aku sendiri adalah lebih baik. Tetapi aturan tuhan tiada siapa yang tahu. Umi dan ayah di antara orang paling bahagia dengar berita itu.

Maka bermula dari hari itu, phone aku dihujani dengan gambar-gambar calon umi dan ayah. Doktor, guru, ustazah dan lain-lain.

Setiap kali bangun tidur, umiku menghantar gambar calon baru. Aku tolak, sehinggakan umi pening memilih untuk aku. Aku khabarkan kriteria aku adalah, aktif, jenis bersukan, kaki travel, bukan doktor dan boleh cope dengan cara kehidupan aku.

Akhirnya hadirnya gambar ketujuh, Busyra binti Khalid namanya. Seorang akauntan, jenis berjalan, aktif dan seorang hiker. Aku memberitahu umi, proceed yang ni.

Jadinya kami pun bertemu untuk kali pertama. Disebabkan perjodohan kami dibawah BaitulMuslim, kami ditemani seorang ustazah bagi menjaga pergaulan diantara kami.

Kami bertanya soalan, kami menceritakan mengenai diri kami, berkongsi cara hidup dan pelbagai lagi. Aku suka cara dia semasa kali pertama berjumpa, jenis yang lantang tetapi masih menjaga. Sejuk mata memandang.

Tamat sahaja sesi temubual kami, ayah aku menelefon bertanyakan kisah tadi. Aku menceritakan dari awal sehingga akhir.

Ayah aku berceramah mengenai mencari calon. Pada mulanya aku risau, tetapi selepas mendengar nasihat ayah, aku berasa tenang dan InsyaAllah inilah dia. Jadi aku katakan kepada ayah, “Boleh lah ayah proceed untuk seterusnya.”

Ayah dan umi bersetuju dan aku memberitahu Busyra yang aku positif. Tetapi disebelah sana masih mahu diberi masa.

Aku cuak. Dalam otak aku; “Konfiden sangat kau Adib, bajet hot.” Ini serious. Aku gelak. Aku pun setuju dengan saranan dia untuk diberi masa.

Tatkala itu aku juga gementar kalau ditolak boleh tahan malu dia. Haha. Jadinya setiap kali dalam solat ku, aku berdoa. Kalau jadi, jadi. Kalau tidak menjadi, tidak mengapa.

Selepas 3 hari, aku mendapat berita dari dia yang dia juga bersetuju. Aku bersyukur. Jadinya aku menunggu keputusan umi dan ayah aku untuk langkah seterusnya.

Satu hari sebelum raya haji, umi call “Adib balik raya haji tak? Esok kamu bertunang tau!” Aku sangat terkejut. Ya la, duit tiada dek mengembara bulan yang lalu dan masih baru dengan pekerjaan baru.

Aku berkata “Adib mana ade duit umi. Nanti lah.” Umi katakan dia sudah sediakan semuanya, tetapi nanti bayar dengan gaji pertama aku. Jadi aku pun bersetuju.

kahwin-selepas-travel-2

kahwin-selepas-travel-3

kahwin-selepas-travel-5

kahwin-selepas-travel-6

kahwin-selepas-travel-7

kahwin-selepas-travel-8

Pada hari raya haji tahun lepas kami bertemu untuk kali kedua danĀ  bertunang. Betul orang kata, banyak cabaran dan dugaan semasa pertunangan. Perasaan aku sekejap positif sekejap negatif.

Betulkah keputusan aku. Yang best, setiap kali aku berjumpa dengan kenalan Busyra, aku mendengar semuanya yang baik dari mereka. Dan inilah yang membuatkan aku berasa bersyukur dengan keputusan yang di buat.

Kami tidak pernah keluar berdua sepanjang bertunang dan kebanyakkan berkomunikasi adalah diatas sebab perancangan perkahwinan.

Keluarga nya besar, adik-beradik 11 dan anak buahku ada 20. Sangat besar bagi aku. Aku suka. Dihari kenduri, sangat riuh dengan jeritan anak-anak kecil. Aku rasa seronok dan bersyukur kehadrat Ilahi.

Aku mahu mengucapkan terima kasih kepada semua, terutama ayah dan umi. Dan tidak lupa abah dan mak terima kasih kerana menerima aku sebagai menantu mu.

Terima kasih kepada ustazah yang menemukan kami untuk pertama kali. Terima kasih kepada yang hadir. Kawan-kawan rapatku juga.

Akhir sekali, terima kasih Busyra binti Khalid kerana menerima aku. Aku berasa sangat bersyukur tidak terhingga. Seronok dia tuhan sahaja yang tahu. Tetapi sukar untuk aku tunjukkan di hadapanmu sebab kita masih dalam proses cuba mengenali antara satu sama lain. Awkward Penguin.

Kalau mahu kenal seseorang itu, berkenalan lah dengan kawan-kawan dan keluarganya.

Baca lagi: Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia