Beberapa hari lepas kita dihidangkan dengan kenaikan kes yang mendadak sehingga hampir mencatat dua angka. Tidak lama selepas itu, kita sekali lagi berjaya mencatatkan rekod baru dengan lebih 9,000 kes.

Untuk semalam sahaja, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan lebih 8,000 kes baharu. Sudahlah ditampar dengan kenaikan mendadak, timbul pula 24 kluster baharu dengan 19 daripadanya membabitkan tempat kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam ciapan yang dibuat oleh KKM di laman Twitter rasmi, ia seolah-olah memberi bayangan bahawa kita sudah mencapai satu garis hujung di mana sistem kesihatan kita bakal lumpuh dalam masa terdekat jika sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.

“Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.” Kata KKM yang turut memetik laporan berita dari Berita Harian.

Di dalam laporan berita terbabit, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba  berkata kapasiti hospital diukur berdasarkan empat tahap yang dinilai berdasarkan bilangan kes harian COVID-19.

Tahap pertama, iaitu optimum berlaku apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari kurang dari 4,000 kes. Di tahap kedua, iaitu terhad akan berlaku apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh yang sama meningkat kepada 4,000 hingga 8,000 kes.

Tahap ketiga – yang sedang kita hadapi sekarang – ialah dimana kapasiti perkhidmatan kesihatan kita di ambang lumpuh susulan daripada jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lingkungan 8,001 hingga 13,000 kes

“Tahap keempat yang seboleh-bolehnya ingin dielak ialah apabila kapasiti perkhidmatan hospital menjadi lumpuh, dengan purata kes dalam tempoh tujuh hari melepasi paras 13,000 kes,” katanya kepada Berita Harian.

Susulan daripada itu, KKM membayangkan bahawa sekatan pergerakan  menyeluruh perlu dilakukan memandangkan kadar jangkitan harian semakin meningkat, sehingga mencapai 9,020 kes pada beberapa hari lalu.

Tambah Dr Adham Baba lagi, tindakan tegas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh dibuat kerajaan adalah bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh.

Selain itu, beliau turut mengakui jururawat, doktor pakar dan pegawai perubatan terpaksa menanggung beban kerja hampir tiga kali ganda. Setiap mereka terpaksa mengendalikan dua hingga tiga pesakit, selain bekerja dua syif, pakar dan pegawai perubatan perlu ‘on call’ dua hari sekali.

The Vocket pada Januari lalu pernah melaporkan rayuan 46 doktor pakar yang menyuarakan kebimbangan mereka dengan pengurusan wabak COVID-19 di Malaysia apabila kes mendadak naik sejak hujung tahun lalu lagi.

Dalam bulan yang sama, KKM turut memberi amaran bahawa sistem perkhidmatan kesihatan kita sudah berada di ambang ‘breaking point’ dengan peratusan katil yang digunakan terus meningkat sehingga hospital penuh dengan pesakit COVID-19.

Barisan doktor pakar rayu kepada kerajaan, pengurusan COVID-19 di Malaysia tak terkawal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh