Sementara budak lelaki 15 tahun Malaysia masih bersembang pasal cinta till jannah di Twitter, budak lelaki 15 tahun Thailand pula sibuk mereka kereta untuk pasaran sebenar.

Remaja Thailand Jennarong Muentaweepongsa mempunyai masa depan yang cerah dalam indusri rekabentuk kereta. Dikenali sebagai Vanatical Design, remaja 15 tahun ini telah menghasilkan satu rekaan kereta yang dipanggil Utagera. Ia membawa maksud “terminate” dalam bahasa Sweden. Rekaan Jennarong telah dihasilkan dalam bentuk fizikal (model berskala) oleh N2A Motors California. Ini kali kedua beliau membuat projek bersama Koenigsegg selepas menyiapkan projek Legera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
www.facebook.com/VanaticalDesign
www.facebook.com/VanaticalDesign

Selain Koenigsegg, Jennarong juga telah menghasilkan rekaan Aston Martin DB11, Jaguar, dan banyak lagi.

Koenigsegg Utagera ini telah dipamerkan di Thailand International Motor Expo. Remaja berbakat ini menghabiskan masa 3 bulan untuk menyiapkan projek ni. Menurut Jennarong, kereta ini direka dengan enjin V8 twin-turbo berkapasiti 5.0 liter yang boleh menghasilkan 1,000hp tanpa bantuan elektrik.

Rekaan Utagera kelihatan kurang ekstrim berbanding Regera namum masih nampak elegan.

Koenigsegg-Utagera-9

Koenigsegg-Utagera-8

Koenigsegg-Utagera-7

Koenigsegg-Utagera-6

Koenigsegg-Utagera-5

Koenigsegg-Utagera-4

Koenigsegg-Utagera-3

Koenigsegg-Utagera-2

Koenigsegg-Utagera-1

Koenigsegg-Utagera-10

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram