Sekiranya anda terlepas koleksi beg edisi terhad Starbucks sebelum ini, anda jangan terlepas pula koleksi edisi terhad Starbucks x Herschel Supply yang menawan ini.

Sempena Earth Day, Starbucks dan jenama beg terkemuka Herschel Supply bekerjasama untuk projek khas menghasilkan satu koleksi produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Rekaan pada koleksi ini turut dihiasi monogram tulisan ‘Reuse, Recycle’ untuk menyampaikan mesej jaga alam sekitar kepada semua.

Strap pada beg dan penutup berwarna oren pada Tumbler menambahkan keunikan dan warna untuk koleksi ini. 4 pilihan beg, 1 mug dan 1 Tumbler boleh dibeli oleh pelanggan setia Starbucks sejak semalam.

Tumbler
Starbucks® X Herschel Supply Double Wall Tumbler
(16oz) – RM195
Mug
Starbucks® X Herschel Supply Double Wall Mug
(12oz) – RM158
Long Tote Bag
Starbucks® X Herschel Supply Long Tote Bag – RM168
Fifteen Hip Pack
Starbucks® X Herschel Supply Fifteen Hip Pack – RM148
Classic XL Backpack
Starbucks® X Herschel Supply Classic XL Backpack – RM335
Chapter Travel Kit
Starbucks® X Herschel Supply Carry Bag – RM148

Koleksi ini akan dijual bermula pada harga RM148 dan ke atas di cawangan Starbucks Merchandise terpilih sahaja antaranya Starbucks Designer Series Jaya Shopping Centre, Johor Bahru City Square, Mid Valley (Level G), Bandar Utama (Old Wing), KLCC (Level 3), Berjaya Times Square (Level 1), Juru Auto City danBangsar Village 2 (Signing Store). Cepat dapatkannya sebelum koleksi ini sold out seperti di Singapura.

Ini pula 3 minuman baharu yang dilancarkan Starbucks khas untuk bulan Ramadan ini. Baca tentangnya pada pautan di bawah.

Starbucks Malaysia Perkenalkan 3 Minuman Terbaru Sempena Ramadan Yang Pasti Buat Anda Terliur

Starbucks Keluarkan Beg Edisi Khas Yang Diilhamkan Daripada Beg Kertas

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia