Sebelum ini, sindiket pengedaran dadah di Singapura pernah menggunakan kaedah penghantaran dron untuk menyeludup dadah. Tetapi lain pula ceritanya yang berlaku di Panama dan uniknya kali ini sindiket pengedaran dadah di negara itu telah menjadikan kucing sebagai ‘tokan’ untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Nueva Esperanza.

Pada 16 April yang lalu, salah seorang petugas penjara berkenaan secara tidak sengaja terlihat seekor kucing berbulu warna jingga dan putih memasuki penjara bersama sehelai ‘uncang kain’ yang diikat pada lehernya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Atas rasa curiga, uncang kain itu tersebut telah diperiksa dan didapati di dalamnya terdapat satu paket kecil yang berisikan serbuk berwarna putih dan beberapa helai daun. Hasil pemeriksaan lanjut, bahan tersebut sebenarnya merupakan dadah jenis kokain dan marijuana seperti yang dijelaskan oleh Ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez.

Sungguh tidak berperikemanusian kerana ada juga pengedar dadah yang sanggup menjadi seekor kucing sebagai ‘tokan’ dadah. Namun setakat ini masih lagi tidak dapat dipastikan sama ada kucing itu benar-benar dilatih untuk menyeludup dadah.

Difahamkan, kucing yang diberi nama manja ‘Narcocat’ itu telah diserahkan di bawah jagaan pusat perlindungan haiwan Adopt for Love and Animal Defenders. Untuk rekod, pengawal penjara berkenaan sebelum ini telah berjaya mengesan seekor burung merpati yang dilatih untuk menyeludup dadah masuk ke dalam penjara itu.

Sebelum ini, dua warga Singapura ditahan polis selepas mengedar dadah menggunakan dron. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Mahu Elak Dikesan, Operasi Dua Warga Singapura Hantar Dadah Guna Dron Ini Akhirnya Tumpas

Seludup Dadah Untuk Biaya Perubatan Anak, Hakim Australia Ringankan Hukuman Penjara Bekas Pramugari Malaysia Ini

Jadi Pilihan Untuk ‘High’ Di Kelab Malam, Dadah Najis Lembu Raih Permintaan